коломенское парк(Kolomenskoye Park)

Assalamualaikum,,
Minta maaf banyak-banyak sebab lama tak update blog ni. Tersangatlah sibuk dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan tambah dengan tak ada idea pula. Jadi kali ini aku nak menulis tentang ……. (tengok tajuk diatas)

Kalau nak tahu, di Moscow ni memang penuh dengan taman-taman yang cantik-cantik. Namanya je bandar yang sibuk tapi mereka tetap menjaga alam semula jadi dengan menyediakan tempat-tempat santai seperti taman-taman ini. Aku dengan kawan-kawan aku tak terlepas juga melawat taman-taman yang cantik ini. Setakat ini dah beberapa taman sempat kami pergi. Mula-mula nak pergi tu malas lah juga, tapi atas alasan nak ambil gambar, pergilah juga.

Taman kolomenskoye ini tak la jauh mana. Naik Metro(keretapi bawah tanah) adalah dalam 45 minit. Jalan kaki kejap 10 minit dah sampai. Taman ni sangat lah luas dengan keluasan 257 hektar dan terdiri daripada hutan, bangunan bersejarah, jogging track, sungai dan kebun buah-buahan. Selalunya orang pergi ke taman ini pada musim panas untuk berjemur dan berkelah dengan keluarga di hari cuti. Sungai yang terletak di bawah bukit memang cantik dan tempat sesuai untuk berkelah. Kebun epal pun ada tapi tak nampak pula buahnya. Kalau ada boleh lah petik sebiji.
Tapi kami pergi pada musim luruh dan akibatnya semua menggigil kesejukan. Menyesal juga tak bawa sarung tangan sebab suhu aku rasa adalah dalam 5 celcius. Dah sampai situ barulah terfikir. Orang Russia pun jalan-jalan pakai baju tebal-tebal, tapi kami rilek je.hehe. baru mereka tahu orang Malaysia ni tahan sejuk juga.
Lepas dah tak larat nak jalan dah, kami pun pulang dengan kesejukan. Lepas ni tobat lah nak gi jalan tak pakai baju tebal dengan sarung tangan. Masa kami balik, aku hairan lah ada benda putih macam pasir atas kepala.Rupa-rupanya sejuk sangat sampai salji pun turun. Dah tak sabar nak main salji ni. ^^
Batch aku
Solat tak dilupakan
Sandwich yang sedap pengalas perut
Pemandangan
Kucing comel
Sekian, Wassalam.
aim high tackle low,,,

10 comments on “коломенское парк(Kolomenskoye Park)

  1. bestnyaaaaa :) nak ikot!

  2. wah cantik nye…..

    haishhhh !!

  3. @ct jue: kucing pun cantekk.. ^^

  4. beruntungnya dpt pi sini…. :)

  5. @Eida Arina: Err Alhamdulillah.. ^^

  6. untungla,.bertuah dapat belajar abroad,.dapat pengalaman,merasa gak salji pe seme,.huii,syok xterkata,.hehe..kan?

  7. @**::CIKNUURUL::**: Yup.. Tapi sekarang tengah rindu Malaysia.. da lame tak nampak cahaya matahari kat sini.. T_T

  8. ske tengok orng g lua negare . heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!