Hadis pilihan #1(Dosa yang berulang)

Dah lama terbaca 1 hadis ni. Dan lepas baca, tiap masa teringat akan hadis ni. Sungguh, aku ni juga termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis ni. Allah. Kalau termasuk dalam golongan yang bertaubat berulang kali tu tak apa, tapi masalahnya dua-dua belah kaki ni termasuk dalam golongan yang melakukan dosa yang sama berulang kali. T_T

Hadisnya ialah:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun, dengan hadis ni juga tak bermaksud kita boleh melakukan dosa sewenang-wenangnya dan kemudian bertaubat. Kalau anda berhajat untuk berbuat demikian, serius anda terlupa sesuatu yang penting! Eh apa pula?(Buat-buat tanya) Akan ada 2 penghalang besar untuk anda bertaubat selepas berjaya dan puas dengan dosa yang anda lakukan iaitu MAUT dan KIAMAT.

Hah baru teringat ke? Anda boleh menjangka bila maut akan menjemput? Kalau benar, anda memang sungguh hebat! Anda boleh meramal kiamat? Tak syak lagi, andalah manusia bertaraf super saiya abad ke-21.

Jadi bersegeralah bertaubat setelah sedar melakukan dosa samada sengaja ataupun tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan disebut dengan banyak dalam Al-Quran.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

[Az-Zumar;53]

Terbaca 1 perumpamaan yang menarik iaitu orang yang menangguh-nangguhkan taubat itu sama seperti orang yang ingin mencabut pokok/lalang yang tumbuh menganggu jalan. Oleh sebab orang itu malas atau susah nak cabut pokok/lalang itu, maka ditunda ke hari esok dan perkara sama berlaku pada esoknya. Tak sedar yang pokok/lalang itu dah membesar bersama akar tunjang ke dalam tanah manakala orang tu pula semakin tua dan lemah.

Larat nak cabut?(peluh) kredit

Jadi berbalik kepada hadis pilihan diatas, perkara yang ingin ditekankan ialah walau sebanyak mana dosa yang sama kita dah buat, ingat yang Allah itu Maha Pengampun dan menyukai orang yang bertaubat. Hah Apa tunggu lagi tu? Tak faham lagi?

 

 

 

P/S: Sebenarnya, aku ni tak layak nak menulis tentang hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran ni dek kerana kurang ilmu apatah lagi amal. Allah, ampunkan aku! Kalau ada salah silap TOLONG betulkan! InsyaAllah kalau ada hadis yang lain aku dapat, akan aku kongsikan disini (Hadis pilihan). Semoga bermanfaat untuk aku, anda dan semua!

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!