Ada apa dengan Omarseries?

Siapa dah tengok omarseries ataupun drama tv bersiri Farouk Omar ni? Mesti tak ramai yang tahu kan pasal drama bersiri ni mungkin sebab ianya mendapat tentangan dari segelintir pihak terutamanya Mufti Besar Arab Saudi, ulamak-ulamak Al-Azhar Mesir, Mufti Dubai, menteri luar UAE dan ramai lagi.
Sebab apa OmarSeries ni mendapat tentangan sesetengah pihak? Sebab terdapatnya perselisihan pendapat dalam hukum melakonkan watak para sahabat(mereka yang mengenal dan melihat langsung Nabi Muhammad SAW,membantu perjuangannya dan meninggal dalam keadaan Muslim). Aku sebenarnya agak was-was dengan hukum melakonkan drama tentang para sahabat sebab memang aku sendiri tak pernah menonton lagi filem yang seumpamanya. Untuk mendapat kepastian bolehlah bertanya kepada pihak yang lebih pakar tentunya bukan aku.
Tapi setelah aku habiskan menonton 30 episod Omar series ni, memang serius tersentuh. Setiap minit ada je babak yang membuatkan mata berair seperti sedang menghiris bawang. Nasihat kepada anda semua yang ingin menonton Omar Series, sediakanlah beberapa kotak tisu ataupun 2 atau 3 meter kain disebelah supaya mudah kalau tiba-tiba rasa nak menjahit pula nanti. Kehkeh.
Dikhabarkan yang kos dibelanjakan untuk filem ni agak banyak sebab kalau anda perasan kredit yang mula-mula setiap episod sebenarnya menggunakan teknik CGI yang canggih memaparkan peta kawasan mekah dan Mesir. Satu lagi, dikatakan bahawa ketepatan ciri-ciri objek dan latarbelakang seperti kaabah dan berhala juga sangat dititikberatkan didalam rancangan ni.
Babak perang.(Tak ingat perang mana)
Pelakon-pelakon juga menggunakan bahasa arab Fushah iaitu bahasa yang digunakan semasa zaman Rasulullah dan seperti potongan ayat Al-Quran. Mereka berlakon dengan baik sekali dalam meniru watak dan sifat para sahabat contohnya Umar Al-khattab yang merupakan kidal. Setakat yang aku tahu, plot-plot dan jalan cerita  dalam siri ini semuanya mengikut apa yang aku belajar dulu. Tak tahu pula ada yang bertentangan bagi anda.
Lepas aku tengok Omar Series ni, aku rasa perlu untuk aku kongsikan kepada semua sebab sangat banyak ilmu dan pengajaran yang boleh didapati.Tapi paling aku tersentuh semasa bahagian Umar Al-Khattab yang tidur dibawah pokok seorang diri dengan nyenyaknya. Pada waktu itu Umar telah memegang jawatan Khalifah kerajaan yang mempunyai kawasan pemerintahan yang luas. Bayangkanlah, pemimpin yang tersohor dan terkenal boleh hanya tidur atas tanah bawah pokok tanpa ada pengawal. Pemimpin-pemimpin kerajaan taklukan yang lain semua bingung dan terpegun dengan kesederhanaan Umar.
Umar Al-Khattab juga sangat bertanggungjawab dan sangat memikirkan setiap keputusan dan perbuatan samada betul atau tidak. Tak cakap lagi soal keperihatinan Umar terhadap rakyatnya dengan meronda siang dan malam untuk mengetahui dan merasai masalah yang dihadapi rakyatnya.
Melalui siri ni barulah jelas sikit plot-plot dan kisah para sahabat yang telah aku belajar masa sekolah dulu. Cukup. Kalau aku cuba tulis semua disini, maka tak tahulah berapa panjang entri ni nanti siap ada bahagian kedua dan seterusnya pula. Jadi kalau anda nak tahu, bolehlah ke Youtube dan cari OmarSeries. Ingat pesanan di atas! (Tisu)
Wassalam
P/S: Kalaulah Saidina Umar hidup lagi…. Kalaulah pemimpin zaman sekarang macam saidina Umar… Kalaulah…

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!