Aku nak jadi….

Masa kecik-kecik aku nak jadi perdana menteri sebab macam best je jadi orang yang berkuasa. Boleh arah orang, nak pergi kerja, ada pak cik driver hantar, nak jalan dalam hujan ada orang pegangkan payung. Sungguh syurga!

Tapi masa sekolah rendah tiba-tiba berminat nak jadi doktor, sebab boleh rawat orang sakit. Tambah pula, orang cakap jadi doktor ni boleh dapat duit banyak. Doktor gigi pun nak cabut sebatang gigi kena bayar berapa puluh ringgit. Lagipun kalau ahli keluarga yang tersayang sakit, senang je, datang klinik boleh kasi diskaun. Cincai kira lah. Tapi entah kenapa minat tak cukup mendalam lagi untuk terjebak dalam bidang medik ni.

Di sekolah menengah mula dah nampak masa depan, berminat dengan objek-objek dan suka lukis bangunan. Bila termenung je, mulalah terbayang rekaan-rekaan yang mengarut, kapal terbang yang canggih, boleh jadi halimunan, kejap boleh kecik kejap boleh besar. Fuhh macam budak-budak!

Awal tahun 2011 tiba-tiba minat nak menulis pula. Sebab tu lah agaknya TERbuat blog ni. Hihi. Walaupun jarang nak update tapi itulah, tetap perlukan sentuhan jari ni. Dan sekarang bila rasa bosan ataupun ada masa lapang(err lapang la sangat) ditambah pula dengan kehadiran idea, dapatlah mengupdate blog ni. :)

Bila masa mula buat blog ni, tengah design, adalah belajar sikit-sikit photoshop. Walaupun tak tahu banyak, tapi kalau nak buat poster tu, walaupun tak cantik, boleh la tahan agaknya. Cakap pasal photoshop, dulu adalah juga mencuba nasib berjinak-jinak dengan kamera. Tapi sampai sekarang tak boleh nak beli sebijik kamera. Belum tiba masanya mungkin.

Awal tahun lepas pula mula minat dengan programming walaupun belajar tak faham satu apa pun. Serius. Itu lah sebab nak buat projek Igrik yang berakhir sebelum bermula. Dah takdir, nak buat macam mana kan? Tapi InsyaAllah akan diteruskan masa cuti nanti. Doakan. Kalau ikutkan nak programkan sikit dalam transmitter tu. Idea dah ada, tapi nak buatnya tak sempat lagi.

Sekarang ni, Dah semangat pula nak buat video. Nak jadi pengarah la kononnya. Haha. Tapi tak apa, kena belajarlah dulu dan bertanya kepada pakar tentang teknik-teknik yang betul. Nantikan video pertama aku tak lama lagi!

Bila fikir balik, kenapa aku nak jadi semua profesion yang di atas ni? Adakah betul niat yang dipasang sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam bidang, hobi dan apa-apa yang aku lakukan. Hmmm. Setelah berfikir panjang, baru sedar sepatutnya aku buat semua benda ni sebab….

Aku nak jadi doktor sebab nak bantu umat Islam yang cedera dibom, didera, dan ditembak oleh musuh-musuh Islam.

Aku nak jadi perdana menteri untuk mengamalkan dasar-dasar serta undang-undang Islam dalam negara yang aku pegang. Aku nak jadi perdana menteri sebab nak tolong negara-negara Islam lain yang telah di tindas berpuluh tahun oleh musuh-musuh Islam.

Aku nak jadi designer untuk mereka poster-poster kesedaran untuk menyedarkan orang-orang yang masih lagi ‘tidur’ dengan mata terbuka.

Aku nak jadi penulis untuk membuka minda dan membakar semangat ummah untuk berjihad dijalanNya.

Aku nak jadi programmer untuk mencipta gadget-gadget dan alat untuk membantu umat Islam dalam kehidupan seharian.

Aku nak jadi pengarah untuk membuat filem yang membuka mata kita akan kebenaran Islam itu.

Hatta aku nak jadi pemain ragbi sebab nak berdakwah kepada orang-orang Russia yang belum celik akan Islam. InsyaAllah.

Jadi, semua tindakan haruslah bersandarkan niat yang betul. Dan niat yang betul tak lain tak bukan, hanyalah demi Islam dan untukNya.

Sungguh umat Islam patut tahu serba-serbi dalam semua bidang kehidupan supaya bila diperlukan, kita sedia berkhidmat dengan pengetahuan yang kita ada.

 


Islam umpama mentari yang menyinari setelah berbulan lamanya hidup dalam kegelapan..

“Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Alkitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya” (Ali ‘Imran: 19).

Jadi bagaimana dengan niat anda? :)

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!