Anda fikir anda susah?

Anda siang malam belajar tak kira makan atau tak, orang berlari(Running Man) pun terpaksa lepaskan. Siang malam siapkan kerja-kerja yang perlu dihantar, tambah lagi esoknya ada ujian sana test sini, exam sana periksa sini. Petang pula sibuk dengan aktiviti kokurikulum wajib datang latihan, kalau tak kena denda lari satu padang tak boleh lebih 30 saat.

haih… (kredit)

Malam pula sibuk dengan program sana program sini, tuisyen sana, motivasi sini. Huh memang tak melekatlah punggung di atas sofa yang empuk hmmm. Pukul 9 malam perlu pegi ke surau dan masjid, balik surau kena pergi usrah pula. Susah susah. Kenapa hidup ni perlu susah sebegini rupa? Mengeluh.

Anda fikir anda susah? Aku lagi susah. Belajar satu apa pun tak faham. Sekarang ni kelas pergi pukul 8 pagi. Ok lah tu kan tapi masalahnya pukul 7.40 pagi baru masuk subuh, jadi tahulah betapa liatnya nak bangun pergi kelas pagi-pagi buta dalam musim sejuk ni. Pergi kelas pakai baju tebal-tebal jalan kena perlahan sebab takut jatuh pijak salji.

Balik kelas siap ada latihan ragbi lagi(err dah 2 minggu tak pergi), sampai asrama sejam kemudian belum sempat labuhkan punggung atas katil kena masak pula. Sekarang ni dah nak masuk minggu peperiksaan. Jadi kelam-kabut buat semua kerja-kerja yang tak faham tadi untuk dihantar. Kalau tak hantar, tak boleh masuk dan jawab peperiksaan langsung. Hmmm. Siapa lagi susah?

Aku fikir aku susah lagi tapi bila fikir balik ada lagi yang susah. Anda tahu siapa? Nuuun saudara kita di Gaza. Belajar dalam ketakutan tak kira di tadika ataupun sekolah menengah. Hidup dirumah setiap masa tidak selamat. Baru terbaca artikel bagaimana seorang ibu di Gaza yang kehilangan sebelah kaki dan anak perempuannya semasa rumah mereka di bom. Siapa lagi susah sekarang?

Sebenarnya, tak perlu mengeluh dengan kesusahan yang menimpa, sebaliknya bersyukur sebab kalau nak difikirkan lebih ramai lagi yang susah dari kita. Entah-entah mereka di Gaza pun fikirkan saudara di Syria ditimpa kesusahan. Ingat, kesusahan itu ujian dari Allah.

Nah, untuk menaikkan semangat kita menghadapi segala kesusahan…

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[At-Taghabun;11]

Nak lagi?

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

[Al-Baqarah;155-157]

 P/S: Exam dah tak lama dah. Selalunya masa-masa macam ni lah banyak mengeluh. Huh.Ya Allah berikan kejayaanku untuk masuk, jawab dan berjaya dalam exam kali ni. Amin.

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!