Blog apakah ini?

Anda terkejut? Blog siapakah ni? Ahah. Tak perlu terkejut dan panik sebegitu rupa. Sebenarnya ini ialah blog baru dengan domain dan hosting berbayar. Alhamdulillah, hajat yang telah lama dipendam kini tertunai juga. Penat siang malam tak tidur nak selesaikan blog baru ni, dengan design, setting hosting dan lain-lain. Tiap masa memerah kepala otak kalah orang yang sedang exam. 

Rest in peace!

Kenapa beria sangat nak berdomain bagai ni? Ceh, suka hati i lah! U jeles ke? Hehe. Sebenarnya setelah dihasut oleh sesetengah pihak, berserta dengan istikharah (eh?) dangan nasihat yang diberikan rakan-rakan, aku fikir banyak kelebihan berdomain ni. Antaranya ialah… eh mana boleh bagitahu. InsyaAllah akan aku tulis dalam satu entri khas untuk cerita sebab dan kelebihan berdomain dan hosting sendiri ni. Jadi harap duduk dan bersabar ye. Aman.

Alhamdulillah sekali lagi sebab masalah berkaitan domain dan hosting ni hampir selesai. Cumanya aku kena belajar lebih sikit tentang domain ni maklumlah sebagai newbies dan kalau dah sampai tahap ni, mestilah kena serius dalam berblogging. Tak boleh nak kejap update kejap taknak. Perhh besarnya tanggungjawab tapi boleh ke? Doakan.

Domain dan hosting ni aku beli daripada Dataklsebab hasil kajian aku semuanya tertumpu kepada mereka tambah pula ada juga beberapa rakan yang cuba meyakinkan aku tentang kehebatan pihak Datakl. Jadi InsyaAllah juga, akan aku buat satu entri khas untuk cerita apa yang hebat sangat Datakl ni. Sekali lagi harap jangan terkejut dengan blog baru ni. Dan kepada sesiapa yang sudah rindu pada Aku Budak Biasa, err anda kenalah pasrah dan redha. Sungguh aku juga rindu dia. Erk? Maaf untuk design yang begitu ringkas dengan tiada header lagi. Header sebenarnya dalam proses pembikinan lagi. Jangan risau, tak lama lagi tu!

 

 

 

 

aim high tackle low…

3 comments on “Blog apakah ini?

  1. mula-2 FD buka pun macam pelik, tiba-tiba fikir “eh, blog sape ni? dah pakai domain ke?”
    rupa-rupanya memang Aidil. hehe :D
    tahniah! ^^
    Entri Terbaru FD >>> End Year Giveaway by FDMy Profile

  2. wah..terbaik la…dah guna domain
    Entri Terbaru fendy >>> Dunia BLOG | Kaitan Lyssa Faizureen, Ben Ashaari dan HasrulhassanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!