Bunuh diri beramai-ramai di Russia

Assalamualaikum

 

Benda ni memang tiap masa berlaku dan dimana-mana saja terutamanya di Russia ni. Tepi jalan, dalam tandas semua tempat menjadi lokasi merokok. Tetapi yang uniknya di Russia ni, rokok boleh didapati secara percuma ditepi-tepi jalan. Best bukan?Jadi sesiapa yang inginkan rokok percuma bolehlah mula nenyimpan duit untuk beli tiket ke russia. Tak mahal, kurang lebih RM2500 sahaja pergi balik.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rokok percuma disini?Cukup mudah, pertama anda cari seseorang yang sedang merokok tak kira tua,muda,miskin,kaya,lelaki atau perempuan. Di sini,lelaki atau perempuan, semua merokok. Untunglah kalau nak dapat rokok percuma sebab ramai yang merokok,tapi tak untunglah kalau nak buat kawan atau isteri.Ehem.

Langkah kedua,selepas anda jumpa sasaran, pergi minta terus. InsyaAllah dapat sebatang rokok. Mudah bukan?Cuma perlu cakap dalam bahasa Russia je. Dan hasilnya lihatlah:

Inilah hasilnya kalau berkongsi rokok. Mereka ni memang pemurah nak kongsi rokok tapi malang tak kena pada tempatnya. Cuba kalau duit rokok tu disalurkan kepada yang lebih memerlukan. Aku sebenarnya tak kisahlah kalau mereka ni kuat merokok ke apa ke, asalkan jangan kacau aku sudah. Tapi yang sedihnya, kalau orang Islam sendiri terlibat dalam kes bunuh diri ni. Kerugian teramat sangat disitu. Kalaulah gejala berkongsi rokok ni berlaku di Malaysia, agak-agak berapa ramai pula yang terkorban setahun?

Wassalam

aim high tackle low,,,

One comment on “Bunuh diri beramai-ramai di Russia

  1. huishhh…kuat mrokok sguh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!