Archive for hidup aku

Jelajah Metro Moscow #1(Planernaya)

planernaya

Isnin datang lagi! Maknanya projek Jelajah Metro Moscow bermula seperti yang dijanjikan. Sebagai pemanas badan, aku mulakan dengan stesen Metro paling dekat dengan asrama aku iaitu Планерная(Planernaya) lebih kurang 15 minit jalan kaki. -Baca lagi-

Anda fikir anda susah?

haih... (kredit)

Anda siang malam belajar tak kira makan atau tak, orang berlari(Running Man) pun terpaksa lepaskan. Siang malam siapkan kerja-kerja yang perlu dihantar, tambah lagi esoknya ada ujian sana test sini, exam sana periksa sini. Petang pula sibuk dengan aktiviti kokurikulum wajib datang latihan, kalau tak kena denda lari satu padang tak boleh lebih 30 saat. -Baca lagi-

Jelajah Metro Moscow

Map-of-Moscow-Metro-Underground(3)

Terasa lama tak menulis. Kali nak cerita pasal Metro Moscow. Ada nampak peta dibawah? Itulah peta metro. Metro ni sebenarnya keretapi bawah tanah yang menjadi salah satu pengangkutan awam yang utama di Moscow. Sebab apa. -Baca lagi-

Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Moscow Aviation Institute 2012

177257_10151314858617457_1553680051_o
Ohoi mari beriadah sebentar! Pada 9,10,16,17 November 2012 yang lepas kami(pelajar MAI Malaysia) telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup MAI yang dianjurkan oleh Kelab Ragbi Moscow Aviation Institute.

Jangan tertipu dengan sang mentari!

2012-11-23+12.00.26

Semalam, ya semalam. Pagi di Moscow disinari cahaya mentari yang terang benderang. Hampir seluruh ceruk sekitar asrama ini dilimpahi cahayanya. Sebenarnya, jarang sekali moscow disinari cahaya mentari sejak 2 3 minggu ni. Yalah, nak masuk musim sejuk ni, memang hari-hari mendung kelabu, kelam berkabus , dan sejuknya tak perlu cakap lah. -Baca lagi-

Barcelona vs Spartak Moskva di Moscow

Alhamdulillah semalam berpeluang tengok perlawanan antara Barcelona dan Spartak Moscow. Pertama kali dalam hidup aku pergi stadium tengok bola. Ya betul pertama kali! Di Malaysia pun aku tak pernah tengok bola di stadium. Logik la kan bagi orang yang tak berapa minat bola sepak macam aku ni. Bila ada perlawanan yang menarik disiarkan, orang lain semua tengok bola, aku tengok perlawanan ragbi ataupun buat kerja yang melambak lecturer bagi. Orang pun pelik kenapa aku tak tengok bola. Setiap lelaki wajib minat bola ke? -Baca lagi-

Dual monitors & tips beli desktop

2012-11-12 19.19.24-1

Apa itu dual monitors? Senang cakap dua monitor atau skrin. Baru-baru ni tak semena-mena Encik laptop berjenama **** telah meragam. Tak tahu apa sebab. Sudah dihantar kepada kawan yang berkhidmat sebagai doktor komputer separuh masa, namun tak dapat diselamatkan juga. Apalah nasib. Akhirnya masa yang berbaki kurang lebih setahun untuk balik Malaysia Encik laptop dihabiskan dalam almari sahajalah. Siapa suruh anda buat hal. Padan “skrin”!(“muka” diganti dengan skrin) -Baca lagi-

Hijrah paksa?

400175_466794710026092_258173666_n

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua umat Islam. Kali ini tak nak aku cerita pasal peristiwa hijrah sebab pasti ramai yang dah tahu tentang ini dan kalau yang tak tahu itu pastilah anda berbohong ataupun anda terlupa. Benar bukan? -Baca lagi-

Tambah Nilai

Assalamualaikum

Tambah nilai ataupun orang putih cakap topup sering dikaitkan dengan telefon bimbit dan segala servis-servis yang bersangkut paut dengan kredit dan duit. Tapi tahukah anda bahawa perkataan ini juga boleh dikaitkan dengan iman? -Baca lagi-

Revolusi Matematik

Assalamualaikum

Masa kecik-kecik dulu, soalan macam ni memang susah nak jawablah. Bila dalam peperiksaan, mulalah semua pakat berdiri nak tiru orang depan. Kalau gagal nanti balik rumah kena sebat pula. Jadi risiko perlu diambil nak lulus punya pasal. -Baca lagi-

Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!