Archive for moscow

Ice skating versi Gorky Park

....

Lama sudah blog ni ditinggalkan tak bersentuh.Maaf. Bukan keadaan tak mengizinkan cuma, cuma kemalasan menguasai diri ohoi.

Alhamdulillah, semalam berjaya memaksa diri untuk keluar dalam kedinginan musim sejuk dengan suhu -4 pergi ice skating di Gorky Park. Serius, ni merupakan kali kedua aku main skating seumur hidup, jadi janganlah mengharap video atau gambar aku menari atas ais, lompat sana sini. Titik. -Baca lagi-

Jelajah Metro Moscow #1(Planernaya)

planernaya

Isnin datang lagi! Maknanya projek Jelajah Metro Moscow bermula seperti yang dijanjikan. Sebagai pemanas badan, aku mulakan dengan stesen Metro paling dekat dengan asrama aku iaitu Планерная(Planernaya) lebih kurang 15 minit jalan kaki. -Baca lagi-

Gaza aku datang!

2012-12-08 20.37.44

OK betul, ini memang tiada kena-mengena dengan Istanbul aku datang. Filem yang berpelukan, yang menggambarkan sikap pelajar luar negara. Aduh, kenapa aku terasa ni! Nauzubillah. Kecewa sikit dengan filem tersebut. Haih.

-Baca lagi-

Jelajah Metro Moscow

Map-of-Moscow-Metro-Underground(3)

Terasa lama tak menulis. Kali nak cerita pasal Metro Moscow. Ada nampak peta dibawah? Itulah peta metro. Metro ni sebenarnya keretapi bawah tanah yang menjadi salah satu pengangkutan awam yang utama di Moscow. Sebab apa. -Baca lagi-

Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Moscow Aviation Institute 2012

177257_10151314858617457_1553680051_o
Ohoi mari beriadah sebentar! Pada 9,10,16,17 November 2012 yang lepas kami(pelajar MAI Malaysia) telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup MAI yang dianjurkan oleh Kelab Ragbi Moscow Aviation Institute.

Jangan tertipu dengan sang mentari!

2012-11-23+12.00.26

Semalam, ya semalam. Pagi di Moscow disinari cahaya mentari yang terang benderang. Hampir seluruh ceruk sekitar asrama ini dilimpahi cahayanya. Sebenarnya, jarang sekali moscow disinari cahaya mentari sejak 2 3 minggu ni. Yalah, nak masuk musim sejuk ni, memang hari-hari mendung kelabu, kelam berkabus , dan sejuknya tak perlu cakap lah. -Baca lagi-

Barcelona vs Spartak Moskva di Moscow

Alhamdulillah semalam berpeluang tengok perlawanan antara Barcelona dan Spartak Moscow. Pertama kali dalam hidup aku pergi stadium tengok bola. Ya betul pertama kali! Di Malaysia pun aku tak pernah tengok bola di stadium. Logik la kan bagi orang yang tak berapa minat bola sepak macam aku ni. Bila ada perlawanan yang menarik disiarkan, orang lain semua tengok bola, aku tengok perlawanan ragbi ataupun buat kerja yang melambak lecturer bagi. Orang pun pelik kenapa aku tak tengok bola. Setiap lelaki wajib minat bola ke? -Baca lagi-

Bunuh diri beramai-ramai di Russia

Assalamualaikum

 

Benda ni memang tiap masa berlaku dan dimana-mana saja terutamanya di Russia ni. Tepi jalan, dalam tandas semua tempat menjadi lokasi merokok. Tetapi yang uniknya di Russia ni, rokok boleh didapati secara percuma ditepi-tepi jalan. Best bukan?Jadi sesiapa yang inginkan rokok percuma bolehlah mula nenyimpan duit untuk beli tiket ke russia. Tak mahal, kurang lebih RM2500 sahaja pergi balik. -Baca lagi-

Hari Raya Korban bersalji 2012

Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ni dapat lagi merasa Hari Raya AidilAdha walaupun jauh beribu batu daripada keluarga disana. Macam biasa pagi-pagi lagi, Cik Angel yang bangun dulu kejut kami  sebilik. Sangat teruja berlari-lari keliling bilik. Dia ingat dapat duit raya atau Friskies masak lima rasa kegemaran kucing-kucing sedunia agaknya. Tapi maaf Cik Angel, hari ni raya korban, bukan raya puasa, jadi duit raya tak ada nak bagi. Kehkeh. Silap-silap kau yang kena korban nanti. :p -Baca lagi-

Pabila suhu di Moscow mencecah paras beku

Assalamualaikum

Tak sangka tahun 2012 ni, musim sejuk cepat pula datangnya tanpa segan silu. Tak seperti tahun lepas dalam tengah bulan November baru suhu mula mencecah 0 celcius. Pengajaran untuk aku supaya rajin-rajin tengok wheather forecast, kalau silap pakai baju memang seksa satu hari di universiti. Err bukan silap pakai baju orang lain, pakai baju terbalik, atau pun sewaktu dengannya, silap pakai baju bermaksud pakai baju tidak mengikut suhu. -Baca lagi-

Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!