Archive for nasihat

Bunuh diri beramai-ramai di Russia

Assalamualaikum

 

Benda ni memang tiap masa berlaku dan dimana-mana saja terutamanya di Russia ni. Tepi jalan, dalam tandas semua tempat menjadi lokasi merokok. Tetapi yang uniknya di Russia ni, rokok boleh didapati secara percuma ditepi-tepi jalan. Best bukan?Jadi sesiapa yang inginkan rokok percuma bolehlah mula nenyimpan duit untuk beli tiket ke russia. Tak mahal, kurang lebih RM2500 sahaja pergi balik. -Baca lagi-

Pabila suhu di Moscow mencecah paras beku

Assalamualaikum

Tak sangka tahun 2012 ni, musim sejuk cepat pula datangnya tanpa segan silu. Tak seperti tahun lepas dalam tengah bulan November baru suhu mula mencecah 0 celcius. Pengajaran untuk aku supaya rajin-rajin tengok wheather forecast, kalau silap pakai baju memang seksa satu hari di universiti. Err bukan silap pakai baju orang lain, pakai baju terbalik, atau pun sewaktu dengannya, silap pakai baju bermaksud pakai baju tidak mengikut suhu. -Baca lagi-

Nawaitu…

Assalamualaikum

Ok bila idea untuk update blog tak datang, aku buka balik buku nota ‘circle of happiness’ untuk cari idea. Ahah dan seperti dijangka ada juga idea sudi masuk dalam kepala ni.Alhamdulillah. -Baca lagi-

Ah,kau jangan nak melebih!

Assalamualaikum 

Sebenarnya pertama kali aku terdengar ayat dibawah ni masa berbulatan gumbira minggu lepas. Serius masa zaman kanak-kanak dulu aku banyak kali dengar nasihat ustaz di sekolah agama rakyat mahupun di sekolah kebangsaan tentang jangan mengatakan ‘Ah’ kepada mak ayah. Tapi tak pula aku sangka nasihat tersebut berasal dari ayat AlQuran. Erkk terasa jahil sungguh diri ini.T_T  -Baca lagi-

Terlupa dan melupakan

Assalamualaikum

Benda yang paling senang aku lupa:

1)Kunci motor.

Masa di Malaysia la, kalau balik rumah nak pergi jalan-jalan naik motor (usha awek awek ehh?!) keluar pintu rumah selangkah baru sedar kunci motor lupa nak bawa. Kalau sekali-sekala memang boleh ditutup dua mata cakap takdehallabro tapi masalahnya hampir setiap kali nak keluar jalan-jalan naik motor mesti benda sama terjadi, tak lain tak bukan lupa bawa kunci. Huh!

2)Stokin

Benda ni walaupun korang cakap” hekele stokin pun lupa nak pakai ke?” tak ada lah sampai ke universiti pun aku lupa nak pakai stokin.Tak adalah, mana ada..eh serius tak ada!………… kot..Haha. Ok serius. Sebenarnya aku pakai je stokin dan wajib kalau di Russia ni sebab sejuk. Yang aku lupa masa dekat depan pintu nak pakai kasut. Dah pegang kasut sebelah kanan baru perasan “Eh, lawa stokin aku hari ni, ikut warna kaki aku pula.” dan bila nak ikat tali kasut baru lah perasan, stokin tak pakai lagi.Haha.

serius ni bukan stokin aku..

3)Ipod

Benda ni paling pantang. Aku bukan lupa nak bawak ipod ni. Bawa dah bawa dah, bila tengah jalan nak on, mesti dengar suara perempuan cakap “Battery low!”. Lepas tu mulalah nak sumpah seranah, lupa nak cas malam semalam. Last-last sumbat je earphone dekat telinga, buat-buat macam dengar lagu.

sebijik macam aku punya ipod, cuma cuma cuma  ipod aku lagi besar..haha

…..

Dan banyak lagi yang aku lupa. Contohnya lupa nak update blog, kalau dah update pun mesti ada isi penting yang aku lupa. Jadi korang janganlah marah aku sebab tak update blog ye. Bukan sengaja, tapi terlupa.Kihkih. Hai muda-muda dah pelupa!.

Sebenarnya isi penting yang aku nak tekankan disini ialah semua manusia ada benda yang terlupa, ya, kita tak sempurna. Yang sempurna hanyalah siapa?? Yep. Anda betul. Aku perasan yang luka-luka cik Angel gigit-gigit manja, jatuh motor, jatuh masa main, lukadihatitaksiapayangtahu serta luka-luka yang lain, telah sembuh mengikut jadual yang sepatutnya. Siapa yang bertanggungjawab menyembuhkan luka-luka ni? Sekali lagi anda tepat! Bayangkanlah kalau kita ini dilupakan Allah, pasti luka-luka akan terus berdarah dan akhirnya mati dek karena kekeringan darah. Itu baru diperingkat individu, belum lagi diperingkat dunia contoh terlupa untuk memutarkan bumi. Erkk?

TAPI!

Yep ada tapinya, tapi manusia itu seperti biasa tidak bersyukur, tidak mengerjakan apa yang disuruhNya. Jangan bagi alasan LUPA! Ada yang makan keyboard nanti! =.=”. Jadi dihujung minggu ni marilah refleksi balik diri ini, apa yang telah kita lupa,terlupa, atau melupakan. Salam hujung minggu!

Wassalam.

aim high tackle low,,,

  

Masa itu jongkong emas,Ferrari 458 Italia dan bantal peluk.

Assalamualaikum…

Semua orang cakap masa itu berharga. Maka keluarlah istilah seperti tajuk diatas. Bantal peluk? ehh. Betul lah kan. Bantal peluk pun berharga. Tanpa bantal peluk tinggi 1 meter, radius 20cm, berat 1kg, berukir bukan peta  Malaysia lagi dah tapi siap dengan galaksi-galaksi lain pun ada, dan dengan bau-bau yang kurang menyenangkan sehingga skunk lalu tepi pun dia lagi wangi, pastinya tidur malam akan terganggu.  Perghhh.. -Baca lagi-

Pandangan atas, depan dan kiri

Assalamualaikum,,,
Pernahkah anda rasa ingin mengangkat semua katil-katil di bilik anda dan meletakkan kembali dengan perlahan kerana takut patah dan risau tidak lena tidur tanpa katil tersebut serta ingin berubah warna badan daripada hitam kemanis-manisan kepada hijau kerana seorang rakan anda lambat memulangkan buku anda, dan apabila dipulangkan, buku tersebut sudahpun koyak serta berubah warna, bau serta bentuk? -Baca lagi-

Tokeh, kasi pahala sekilo, sebab dosa saya terlebih!…

Assalamualaikum

Masa aku kecik-kecik aku tertanya-tanya, kenapa Allah tak bagi kita nampak dosa dan pahala ek? Kan ke lagi senang kalau kita nampak, bolehlah kita berbuat sesuatu kalau pahala kita lagi sikit daripada dosa kan. Tapi bila dah besar ni, baru la faham. Ikut pendapat aku, -Baca lagi-

Ujian Sang rama-rama

Assalamualaikum

Seorang saintis sedang khusyuk melihat kepompong mencuba sedaya upaya untuk tidak mengelipkan matanya sehinggakan nyamuk yang datang menggigit pun di biarkan dan berharap agar rakan-rakan nyamuk yang lain tidak join sekaki untuk menjamah darah free saintis tersebut.Beliau berbuat begitu dengan harapan  agar beliaulah yang pertama dapat melihat seekor rama-rama yang cantik terbang keluar dari kepompong itu setelah sekian lama mengidam kalah para ibu yang mengandung. Setelah beberapa ketika, kelihatan kepompong itu bergerak-gerak. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba.. -Baca lagi-

Pak Arab kecek klate

Assalamualaikum,,
Aku dah lama tertarik dengan video You tube ini. Seronok tengok gaya pak Arab ini kecek klate. Bagus betul lah kan, dapat belajar bahasa orang. Pak Arab ini berjaya kuasai bahasa Malaysia sebab beliau nak tolong pelajar Malaysia di Universiti AlAzhar. 10 tahun dia belajar bahasa Malaysia dan beliau pernah mengajar di Malaysia pun. Mesti ramai yang dah tengok video ini tapi aku nak highlight kan balik beberapa isi penting di sebalik video ini. -Baca lagi-
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!