Archive for pendidikan

Kem Birotatanegara di KBN Quarters KLIA…

Assalamualaikum,,Hoho,, lama sudah tak update blog nih,, maklum la, sangat sibuk kebelakangan ini..
Minggu lepas aku bersama budak Pre Russian terpaksa pergi ke kem Biro Tatanegara.. Terpaksa lah kan,, sebab kalau tiada dalam perjanjian dengan MARA sebagai syarat untuk fly ke Russia,, dah pasti la kami tak pergi kem itu.. -Baca lagi-

Indah Khabar dari rupa (pesawat MIG 29 N)..


Assalamualaikum,,,

Macam biasalah,, aku nak share la beberapa pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat masa mengikuti lawatan ke TUDM Kuantan hari Isnin bersamaan dengan 18 April 2011, isnin yang lepas dengan Batch aku pre-Russian Program. -Baca lagi-

Ulang Tahun ke-50 Yuri Gagarin ke angkasa lepas…

Assalamualaikum,,

Kali ini aku nak cerita tentang lawatan aku dan batch 6 pre russian program ke Planetarium pada Jumaat lepas bersempena dengan ulangtahun ke 50 Yuri Gagarin ke angkasa lepas..
Siapa tak kenal Yuri Gagarin?? Angkat tangan macam saya.. hehe..
Aku nak cerita kan serba sedikit tentang Yuri Ggarin.. -Baca lagi-

MIAT dihujani helikopter…..

Assalamualaikum…


Ketemu lagi kita pada sidang kali ini..
Edisi kali ini aku nak cerita tentang unikl miat yang dihujani dengan helikopter(cuma 7 biji jela) yang dapat memuatkan 12 orang penumpang 2 minggu lepas…
helikopter-helikopter tersebut sebenarnya milik syarikat MHS: Malaysian Helicopter services.. Sebuah syarikat helikopter yang menyediakan servis helikopter sebagai pengankutan offshore bagi syarikat-syarikat minyak…

MHS ini merupakan syarikat servis helikopter yang terbesar di Malaysia dan mengikut pilot yang ditemuramah kami,, mereka(MHS) mengendalikan semua sistem mereka sendiri dari segi tenaga pekerja sampai lah maintenance helikopter-helikopter mereka..
helikopter-helikopter ini mendarat di MIAT bermula pada pukul lebih kurang 11 pagi.. Tujuan helikopter ini di letakkan di MIAT ialah sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum mereka di jual kepada beberapa buah syarikat minyak di seluruh Malaysia termasuk Sarawak..
helikopter- helikopter tersebut mendarat selang 15 minit lebih kurang dan berterusan..
Pada masa tersebut, saya dan rakan-rakan sedang belajar di lab komputer. apabila terdengar bunyi helikopter mendarat, lecturer kami,Miss Svetlana, memberi kebenaran untuk kami turun melihat. Memang peluang ini yang dinanti-nantikan(escape kelas.. hehe..)..
semasa di Hangar, kami sempat menemuramah(tanya sahaja) salah seorang pilot yang sudah lama berkhidmat dalam syarikat MHS.
antara jawapan-jawapan yang kami perolehi seprti di bawah( fakta menarik tentang helikopter).
1)Fakta menarik tentang helikopter:Antara helikopter dengan kapal terbang, helikopter lagi selamat untuk dinaiki, kerana sekiranya sesuatu terjadi kepada enjin atau pun kehabisan minyak, bilah kipas(rotor) tetap berpusing dan akan memperlahankan kelajuan penjunaman helikopter ke bawah,(tetapi anda haruslah sedar yang anda tetap menjunam ke bawah ye) sebaliknya kapal terbang akan terus menjunam sahaja sekiranya enjin rosak atau kehabisan minyak. jadi penumpang helikopter boleh lah berharap untuk selamat walaupun peratusan nya adalah sedikit. Bagi penumpang kapal terbang yang munjunam jatuh pula, boleh la sediakan wasiat, dan mengucap banyak-banyak yerr.. Ajal maut di tangan Allah..

2)helikopter boleh terbang mengundur(reverse), ke tepi, ke atas, kebawah, ke depan. manakala kapal terbang tidak boleh terbang mengundur dan ke tepi.. sekiranya anda nampak kapal terbang, terbang mengundur, itu bermaksud itu bukan lah kapal terbang, mungkin piring terbang.

3)harga untuk sebuah helikopter milik MHS jenis tersebut lebih kurang RM10 juta.

4)Sebuah helikopter perlu diselenggara dengan membuka semua bahagian termasuk skru,dan komponen kecil dalam suatu tempoh yang ditetapkan mengikut jenis helikopter. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan. Kerana satu skru mampu membuat nyawa melayang.

5)kenapa helikopter ada kipas di ekor nya??

=aksesori? salah.
=untuk menambah kelajuan??salah.

=jawapan yang betul ialah untuk menyeimbangkan helikopter.. Tajuk ini terdapat dalam subjek fizik yang saya telah belajar iaitu torque(tak tahu dalam melayu nya apa). Kesan putaran daripada rotor(kipas diatas) menyebabkan helikopter tidak stabil. sekiranya kipas berputar, badan helikopter juga akan mengikut putaran. tambahan pula kipas sebesar helikopter yang berpusing. lainla kalau kipas Doraemon je(yang di atas kepala)..

Selain itu, kipas diekor juga digunakan untuk mengemudi arah helikopter kekiri dan ke kanan..
Maka ini sahajalah yang aku dapat sajikan pada kali ini.. sila layan gambar dibawah. ^^,
berapa buah helikopter IFR..


gambar paling dekat..
Di Apron
6 buah helikopter…
Di Apron MIAT..
Biru ni macam cantik je..


Sekian,, Wassalam…
aim high tackle low,,,

MuSIM InTErVIEW dATAnG LaGI!!!!

DSC00036
Assalamualaikum,,

Macam biasalah,, memang time2 mcm ni kita akan bersua berkongsi cerita apa yang aku ada…
pada edisi kali ini, memang khas untuk lepasan SPM,, aku nak ceritakan pasal interview yang aku pernah pergi, tips2 yang aku tahu, dan sebagainya lah..
harap-harap post kali ini akan memberikan maklumat kalau tidak banyak pun, mungkin lah sedikit, jangan sampai tiada sudahlah,,

 

MUKADDIMAH…
Masa aku lepas SPM tahun lepas, memang tiap-tiap hari aku beli surat khabar (Berita Harian) la..
sebab dalam itu mesti ada artikel-artikel tentang universiti (awam /swasta), biasiswa-biasiswa yang ditawarkan…

so,, kalau aku tak pergi beli, mesti mak aku paksa aku pergi beli juga..betul lah kan,, untuk masa depan kita juga,, sebelum keluar keputusan SPM, aku dah plan dah, nak masuk universiti mana, nak ambil kos mana dan yang pilihan-pilihan yang sewaktu dengannya..
Jadi, antara biasiswa yang aku pohon ialah, MARA,TENAGA NASIONAL BERHAD(TNB), PETRONAS, dan sebagainya.. Aku rasa semua biasiswa aku pohon,, tapi yang dapat panggilan temuduga hanyalah TNB dan MARA sahaja..
sebenarnya target aku MARA je,, tapi,, aku ambil yang lain sebagai backup plan je,, mana lah tahu ada rezeki pula untuk biasiswa lain,, jadi first temuduga yang aku pergi ialah TNB..

KEPERLUAN TEMUDUGA (TNB DAN MARA)
Bertempat di UNITEN, aku pergi dengan rakan aku hadzrin,, mujurlah dia dapat masa dan hari yang sama dengan aku untuk temuduga TNB…
Sebelum aku pergi temuduga tersebut,, terdapat beberapa perisai dan kelengkapan berperang yang aku bawa,, antaranya,,

  • SIJIL KOKURIKULUM, yang di susun rapi mengikut pencapaian didalam fail special untuk sijil je.. masa itu, sijil aku memang tebal la,, jadi untuk memuatkan fail tersebut,, aku hanya bawa siji-sijil peringkat yang tinggi je,, kebangsaan, negeri da sebagainya..
  • RESUME, benda ini agak penting la,, resume ini melambangkan diri kita sebab, semua tentang kita akan dipadatkan dalam beberapa helai kertas yang bergelar resume itu..So,, anda boleh la dapati contoh-contoh resume yang bagus dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.. Macam aku dulu ambil dari internet je sebagai panduan..
  • SALINAN IC bagi penjaga dan pelajar, bagi sesiapa yang penjaga dia IC warna merah lagi,, jangan risau la sebab ayah aku pun IC merah juga, warga Indon, tapi aku dapat je MARA, cume setahu aku, salah seorang penjaga mestilah warganegara,, tak tahu la sekarang macam mana..
  • PENYATA GAJI penjaga,, macam ayah aku, penoreh je,, so,, kena lah buat surat pengesahan gaji dan dicop oleh majikan atau ketua kampung..
  • UJIAN personaliti(rasa akulah nama dia. tak berapa pasti..hehe).. bagi TNB dan MARA ada ujian ini yang kena jawab sebelum hari temuduga.. tidaklah sesukar soalan Addmath yang korang jawab masa SPM,, so tidak perlu takutlah.. keputusan ujian itu hendaklah di print dan diserahkan pada hari temuduga..
  • BORANG TEMUDUGA..
  • DSB..( dan sebagainya).. pen dan buku kecil dalam poket.
  • PERINGATAN!!! Anda dinasihatkan supaya mengambil tahu tentang syarikat atau pihak yang menawarkan biasiswa tersebut.. hal ini kerana, semasa temuduga,, pihak penemuduga akan menanyakan tentang syarikat tersebut.. contoh masa temuduga TNB, mereka bertanya :’apakah yang anda tahu tentang TNB?’ jadi,, kalau anda semua ingin berjaya dalam temuduga tersebut, silalah study sikit tentang pihak tersebut, kalau tidak jangan mimpilah weyy.. macam aku,, senang jerr, akibat tak baca tentang TNB, aku jawab :’saya tak tahu apa-apa tentang TNB ni’ betapa jujurnya aku..haha..lagi satu,, semua salinan hendaklah DISAHKAN oleh pihak yang sepatotnya.. Dan lebih menyenangkan sekiranya anda membuat semua salinan sijil-sijil, dan terus di copkan sekali. tidak perlulah membuat kerja beberapa kali, kerana pasti ada temuduga atau hal-hal yang memerlukan salinan sijil tersebut di masa depan.. macam aku dulu,, ade 50 sijil campor IC semuanya, dan setiap itu ade 8 salinan.. malanglah sesiapa yang menjadi mangsa untuk diminta mengecop sijil-sijil tersebut..hehe

PAKAIAN LELAKI
Bab-bab pakaian ini, mestilah kemas, berbaju kemeja yang tidak berwarna garang atau gelap,, paling sesuai warna biru or kuning cairla..
Kalau dah berkemeja, mestilah ber’tie’.. hendak diceritakan, masa aku temuduga TNB dulu, adalah seorang pelajar yang tidak bertie, then, petugas interview kami menyuruhnya meminjam tie pekerja di situ,, bayangkan,, betapa malunya la nak pergi pinjam, nak tak nak, pelajar itu terpksa meminjam juga,, selain itu, kasut mestilah berkilau (macam kasut aku)hehe.. seluar seelok-eloknya mestilah seluar berkain licin, jangan yang cotton,, n tali pinggang hitam yang menggunakan lubang untuk memakainya,, (tak tau macam mana nak panggil,, so faham-faham sendirila ek).. Anda semua dinasihatkan memakai jam yang bukan digital,,( sebagai ekspresi mementingkan masa.. Di poket kemeja atas, hendaklah diselitkan buku nta kecil dan pen.. sebab masa temuduga TNB,, aku kena tulis soalan yang diberi, then ada diantara kami yang terpaksa meminta dengan penemuduga.. so,, kena tolak markah da tu.. hehe


fulamak,, hensem gilerr arr,, anak sapa la nih… :P
(masa kat uniten selepas interview)

PAKAIAN PEREMPUAN
Aku tak berapa tahu sangat pasal pakaian perempuan, tapi macam biasalah, baju kurung atau baju kemeja n seluar slack.. dinasihatkan supaya baju kurung tidaklah bercorak sangat, lebih elok plain je.. pakai kasut.. jangan memakai pakaian yang mencolok mata..

SEMASA TEMUDUGA TNB
macam biasalah,, kena bangun awal.. aku dulu bangun pukul 5 pagi kot,,sebab temuduga pukul 8.. seterika baju, solat Subuh bagi yang beragama Islam, solat la sunat Hajat sekali, da alang-alang je kan.. pastikan anda semua breakfirst dulu,, bukan apa, cume takut terkentut je masa interview,, memang sah-sah kena halau dan di maki hamun nanti..hehe..
Jangan terlalu gabra/nervous lah,, sebab ia akan menyebabkan anda kurang keyakinan..
sebelum bertolak ke lokasi temuduga,, check la 10 kali lagi barang-barang kelengkapan berperang anda.. jangan ada yang tertinggal.. mula kan langkah keluar rumah dengan kaki kanan,, ‘mak aku pesan la’..tak tahu sebab apa kan..
Temuduga TNB sebenarnya masa tahun aku la, secara berkumpulan..so tidak lah takut sangat kan..tetapi ingat,, dengan berkumpulan, maka pasti ada persaingan.. Kita mestilah menonjol daripada orang lain..penemuduga TNB terdiri daripada rang-orang besar TNB seperti pengarah syarikat dan pangkat yang seumpama dengannya(5 orang).. jadi,, ia akan membuatkan anda bertambah nervous.. jangan lah kelam kabut sangat,,duduk dengan tenang dan rapatkan kaki.. tangan diletakkan di atas peha dan paling penting ialah senyum.. janganlah senyum terlebih lak,, nanti apa pula dikatakan penemuduga… anda digalakkakn mengawal pernafasan dengan selang 5 saat.. dan lepas perlahan2,(jangan la kuat-kuat pula.. hehe..tips sendiri ni..)..soalan-soalan yang ditanya terdiri daripada 3 soalan,

  • Apa yang anda tahu tentang TNB?

Disini anda beritahu lah sebanyak mana yang boleh mengenai apa yang anda tahu walaupun perkara itu telah pon diberitahu oleh 5 orang pelajar lain.. Jangan sesekali berkata: ‘point saya sama dengan rakan tadi’ maksudnya anda hendak cover, padahal anda tidak tahu.. kerana kes ini terjadi masa saya interview, ada pelajar ini yang mengatakan perkara yang hendah dikatakan ialah sama dengan pelajar pertama.. dan pada masa itu, pengarah tersebut berkata didalam hati :’ceh,, hang tak taw, hang kata sama point dengan budak tu noh,, hang nak kena nih,,’ jadi beliau telah mengarahkan supaya pelajar tersebut mengulang kembali apa yang disebut pelajar pertama tadi.. memang tergagap budak tersebut,, (kantoi busuk je hahaha).. kesimpulannya hendaklah menjadi jujur seperti saya, dengan mengatakan saya sebenarnya tidak tahu, dan berharap tuan dapat menerang kan kepada saya, saya pasti akan belajar..(mestilah dalam English)..

  • Ceritakan tentang diri anda?

masa ini anda hendaklah menceritakan semua tentang diri anda, segala kelebihan yang ada termasok segala pertanyaan yang ditanya.. macam aku dulu, aku cakap aku player ragbi,, terkejot beruk pengarah tersebut,, aku kembang seketika..hehe..

  • Dan satu tajuk bebas seperti kebaikan telefon bimbit untuk pelajar sekolah..

semasa sesi soalan ketiga ini merupakan bahas(debate) 3 orang menyokong dan 3 orang membantah.. masa diberi ialah 5 minit.. point anda mestilah berlainan dengan rakan anda.. jadi, kesimpulannya berlatih lah berbahas,, dan biasakan dengan berspeaking sebelum temuduga..
setelah 30 minit masa keseluruhannya, maka habislah sesi temuduga TNB(masa bergantung kepada pihak penemuduga).. maka bangunlah perlahan-lahan dan jangan lah bertolak-tolakan semasa hendak keluar.. berjabat tangan dulu dengan semua penemuduga.. semasa di luar bilik,, jangan lah terus melompat,, sebaliknya,, silalah pergi ke tempat-tempat yang terpencil untuk melepaskan segala tension anda itu..

TEMUDUGA MARA
selang 2 minggu dari temuduga TNB,, Alhamdulillah, aku dapat interview MARA pula bertempat di Ipoh.. Aku pergi sana dengan Zharif Habil..” terima kasih lah wey bagi tumpang..hehe.. kalo tak sebab ko tawon,, tak dela aku dapat MARA nih :p”..
pada hari kejadian,, aku pun pon bertolak awal pagi dengan Zharif,, dengan temuduga bermula pada pukul 1.. macam biasa lah,, aku sediakan semua peralatan dan kelengkapan yang diminta sama seperti temuduga TNB..Untuk pengetahuan anda,, temuduga MARA ini agak sempoi la bg aku.. sebab secara individu,, so,, kita hanya jawab apa yang ditanya, dan lebih sekadar bersembang sahaja..

SEMASA TEMUDUGA MARA
masuk sahaja pejabat MARA itu,, aku kena beratur sebab pejabat agak kecil,, dan lebih 10 orang menunggu giliran untuk ditemuduga.. sebenarnya temuduga mara ini berdasarkan jam.. aku dapat waktu pukul 1 pm manakala ada rakan-rakan yang dapat pada pukul 2 dan 3.. jadi,, masuk sahaja,,terus pergi daftar di kaunter,serahkan semua sijil salinan untuk disemak,,
sambil menunggu giliran.. sampai sahaja giliran aku,, tok tok tok..(ketuk pintu) dan bagi salam..
masuk dan pegawai MARA tersebut akan mengambil fail yang berisi salinan sijil kita.. alu terus duduk dengan tertib.. nasib baiklah dapat pegawai lelaki muda 2 orang.. muka macam sempoi jer. sebab ada beberapa bilik yang lain dengar cerita lagi strict sikit.. Syukurlah.. Then aku mula mempekenalkan diri,, latar belakang, hobi, aku sebut juga main ragbi.. agak terkejut juga la bro tuh.hehe.. lebih kepada sembang-sembang biasa cuma dalam English jela..Sebelum aku mula cakap pun, abang pegawai tu suruh baca doa dulu..hehe.. aku pun baca la walaupun dah 10 kali baca.. selepas itu,, mereka tanya sebab aku pilih kos kejuruteraan elektrik,, aku pun cakap la aku minat elektrik dan abang aku pun belajar kos yang sama juga bawah biasiswa MARA juga.. mereka bertanyakan tentang abang aku sikit dan akhir sekali mereka buka ruang untuk soalan.. aku pun tanyalah bila result temuduga keluar,, then mereka kata bulan 5(kalau tak salah aku)..
Apa-apa soalan digalakkan untuk tanya,, sebagai melambangkan sikap proaktif kita.. dalam 15 minit dah pun habis temuduga MARA, iaitu temuduga last untuk aku..

KESIMPULAN

Jadi kesimpulannya,, persediaan kenalah rapi dari segi kelengkapan mental, fizikal dan juga dokumen-dokumen yang diminta.. senyum juga penting untuk menunjukkan yang kita yakin dengan diri..pilihlah kos yang berdasarkan minat dan bukannya kerana paksaan atau desakan orang lain walaupun tidak semestinya kita akan ditawarkan dengan kos yang diminta.. macam aku, tercampak di UNIKL MIAT kos AVIATION walaupun dulu aku minta kos elektrik.. tapi tidak mengapa,, da takdir kot,, dan aku agak minat la dengan aviation nih.. gaji pun lumayan juga.. :p…so berlatihlah speaking awal-awal depan cermin atau dengan orang lain..
sekian,, selamat berjaya kepada adik-adik sekalian..

удачи.. !!!gudlak..!!!

P/S= aku mendapat maklumat bahawa interview MARA tahun ini terdapat perubahan. Ianya akan dibuat dalam kumpulan dan sedikit susah berbanding tahun-tahun sebelumnya. namun hanyalah khabar angin dan tidak diketahui status, sahih ataupun tidak. Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

aim high tackle low,,,

pe cer SPM???

Assalamualaikum..
привет,,
hello,,
mmg agak lame aq x update blog nih,,
da bersawang da,, kene bersihkn dulu kot,,
so kali ni aq nk ucapkan
Tahniah!!!
@ congrate!!
@
Поздравляю!!!! -Baca lagi-

С НОВЫМ ГОДОМ!!!!!!

Assalamualaikum,,,
hoho.. da lame x update blog nih, da behabuk da… sori la… internet miat ni kejap ade kejap xde.
emmm,, oww satu benda aq terlupe daa.. aq lupe pasal post tahun baru..hehe -Baca lagi-

kanikulei@каникулы(percutian)

Assalamualaikum…
kepada para pembaca sekalian,, bersyukur kepada Yang Maha esa kerana memberi kite peluang untuk bertemu lagi..
baiklah,, pada edisi kali ini, aku nak ceritakan sikit2 tentang trip batch aq ke lumut da pangkor jerr..emmm sorila terlambat sebab rakan2 aku baru je updload pic2 ni,, ok…
ok apa2 pun, sila la layan pic2 yang telah aku upload ini..

18/12/2010

emm masa ini aku dalam bas dalam perjalanan ke lumut..
agak lama laaa.. lebih kurang 5 jam gak walaupun ikut highway…
so,, aq layan movie dulu menggunakan kekasih hati aku yang berwarna biru itu..
sempat juga abis cerita Harry potter and the goblet of fire.. hoho
aku dalam bas duduk sebelah syafiq anuar,so, dia pun layan jugak la harry potter ni walaupun dye cakap tak suka tengok..
(hehe sorry la syapik,, lenkali dalam bas duduk la sebelah orang lain.. :P)
then lebih kuarang pukul 8 malam kami sampai di Unikl mimet..
tempat yang agak cantik.. 10 kali lagi cantik dari unikl miat.. sebab bangunan baru kn…
tapi yang sedih nyerr,, surau di mimet memang macam nak tak nak je buat nyerr..
bangunan apa entah yang di ubahsuai untuk dijadikan surau… sama seperti gim di semesti..
tak guna la kan kalau bangunan cantik tapi surau nye buruk…
macam mencemarkan nama baik Islam jerrr..
tapi itu pada pandangan aku la.. tak tahu la kalau mimat itu baru nak bina surau ke atau ada surau lain di mimaet tu..hoho
ok.. sambung balik cerita ekk… emmm lepas sampai tu,, kami pon check in dan jalan2 di sekitar mimet tu.. tengok kapal2 yang terdampar di mimet huhu…then,, dah penat kami pun tidur dalam bilik yang agak besar dan sungguh selesa…
tengok bola kat warung depan mimet…


emm pada pukul 8 pagi,, kami bertolak ke jeti lumut..
breakfast dulu..
tapi,, malangmyerr,, aku tertimggal short aq kat bilik.. waaaa..
cadang nak mandi kat pangkor nanti.. so melayangla rm6,, sebab beli short baru.. waaaaaa
then, dalam pukul 11, kami pun sampai di pangkor…

emm tuka baju dulu..yeaahhh…

kat pangkor aku mandi sepuas2 nye…
sedang aq mandi, berenang,tibe2, prakkk!!!
bunyi bahu aku..haha.. terkeluar pulak.. nyaris aku lupa, bahu aku telah penat berenang..hehe
so,, pastu aku pon slow kan aktiviti berenang di situ… hoho..
lebih kurang kul 3, kami pun melangkah pergi meninggalkan Pulau pangkor..
sempat juga membeli suvenir untuk ttuuuutttt..hehe.. adala.. mana boleh bagitahu…

peaceee!!!!! ( kat atas feri)



20/12/20120

emm pagi, seawal pukul 8 kami bangun,,
perut lak berbunyi mengeluarkan bunyi yang tak sepatotnya..
aku bingkas bangun meninjau kafe,, ” macam tutup jerr” aku berkata di dalam hati..
then aku mengajak rakan2 pergi ke luar mimet,, ade warung, tapi malang tidak berbau,,, juga tutup..
last2 aku kol En. bassit,,

aku: salam, cik bassit, nak makan kat mana ni? warung, kafe sume tutup..
En Bassit: la ye ke.. takpe2, saya belikan nasi lemak ekk.. kamu sume tunggu kat kafe dulu..
eehhhh2.. kejap cik bassit,, sekali ngan teh tarik ekk..hehe..
en bassit:emm yela2..

haha..dapat juga aku membodek en Bassit suruh belikan teh tarik sekali..heheh.
pastuh.. pukul 11pg,, kami ada ceramah tentang marin..
aku pun terfikir,, kenapa la budak aviation pun dengan sekali.. hoho..
takpela.. nasib baik menarik..
nanti bulan 2 nanti kami akan ke besut pula.. lawatan ke tempat pesawat Sukhoi dipasang..
disana bolehla kami pula enjoy. ok…

emm mane bas nihh…

dalam pukul 3, kami pun berkemas balik…
3.30 bertolak ke pekan lumut untuk makan tengahari di kfc.. ada yang pegi beli kasut..
kat al ikhsan lumut.. tengah sale beb..
aku nak beli,, tapi macam takde mood lak.. takpela nanti jela..
lebih kurang pukul 1o malam,, kami pon sampai di Miat yang dicintaii..
tiba2 jerr semua keje assignment datang balik kat lam kepala nih..hahaa
adoiii,, esok nyerr ade kelas pulakkk….
mmmmmaaaaaalllaaaassss.. mood tengah cuti jeee…
ok la.. setakat ini sajalah.. panjang gak la ni aku cerita…
nak smbung buat keje pulak…
wassalam…

aim high tackle low…

kontrolnaya rabota……..

Assalamualaikum…..
bertemu lagi kita pada kali ini.. Alhamdulillah di panjangkan lagi umur kita oleh Maha Pencipta..
dah lama tak update blog ni,, so malam ini terasa macam nak tulis sesuatu.. tapi idea pula tiada..
emmmm esok saya akan menjalani ujian bahasa Rusia ya disebut sebagai ‘kontrolnaya rabota’.. -Baca lagi-

Wajah baharu….

Assalamualaikum,,,,
hoho.. bertemu kembali kite dalam sesi kali ini…
Alhamdulillah,, masih dipanjangkan umor oleh Yang Maha Esa…
emm ade perubahan mendadak kat blog aq nih… pnt giila aq menghias sume2 ni.. gantong tanglung la,, bwat jam la..hehe..
lame gak arr masa yang diambil.. lbey kurang sehari gak…
maklumlah,, orang baru belajar bwat blog…
emm baru aku tahu macam mana nak tukar tamplate, masukkan jam, n lain2 lagi.. -Baca lagi-
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!