Cikgu Mat Salleh?

Assalamualaikum,,

Tengah menyelak Berita Harian semalam, terbaca artikel tentang Cikgu Mat Salleh(bukan nama orang) yang kerajaan ambil berkerja  untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Aku dah tahu pasal benda ni lama dah, sejak hari pertama lagi mereka berkerja.Terkejut juga lah aku, sebab sampai ke kampung aku pun ada Cikgu AS ni. Adik aku balik rumah bising-bising@bangga pasal ada cikgu mat salleh mengajar Bahasa Inggeris di sekolah dia.

Sekadar hiasan…

Sebenarnya bagi aku, program ini ada baik dan buruknya. Aku faham hasrat kerajaan nak dedahkan kepada murid-murid, ya lah macam nak bagi praktikal yang lebih lah maksud nya.Baguslah itu. Tapi aku pun terfikir juga, macam mana lah kalau Cikgu-cikgu ni membawa budaya barat kepada murid-murid? Tak ke naya kita. Tak nak lah aku tengok adik perempuan aku pegang-pegang tangan lelaki dan bila di tegur, dia jawab:

“cikgu mat salleh tu cakap tak apa pegang-pegang ni.”

Tambah-tambah lagi yang Cikgu AS itu ajar budak-budak darjah satu dan dua. Masa darjah satu dan dua inilah mereka sedang membesar dan menyerap segala ajaran yang diterima tanpa memikirkan baik dan buruk, betul dan salah serta logik atau pun tak logik.  Contohnya sampai sekarang aku ingat lagi lawak yang ayah aku buat yang aku percaya bulat-bulat tapi bila dah besar baru terfikir, tak logik pun cerita yang ayah aku bagitahu aku masa kecik dulu.

Aku bukannya berfikiran tertutup, cuma aku sendiri dah tengok betapa pentingnya nilai-nilai murni dan budaya di sini(Russia). Di Malaysia juga, ramai budak-budak melayu terutamanya rosak akhlak. Sepatutnya sekarang kita kena fokus untuk membentuk dan membimbing budak-budak dan bukannya mendedahkan lagi mereka.

Aku terfikir, kalau Cikgu-cikgu Mat Salleh ini di bawa masuk, mana pula nak pergi cikgu-cikgu yang warganegara Malaysia. Ke mana mereka di campak? Sedangkan sekarang ini, cikgu-cikgu pun banyak yang menganggur inikan pula nak tambah lagi orang luar bekerja di Malaysia. Aku rasa memang wajar lah program ini di kaji semula. Lagi bagus kalau hantar je cikgu-cikgu kita ke luarnegara dan biar mereka belajar dulu elok-elok disana dan bawa balik ke Malaysia ilmu-ilmu yang diperolehi macam ada program SPC(Skim Pelajar Cemerlang) yang pernah di buat dulu tapi sekarang dihentikan.

Pada pendapat aku, Masa sekolah rendah ini, murid-murid patut diterapkan dengan nilai-nilai murni dulu, biar dah mantap, baru lah dedahkan kepada dunia luar. Adik aku pun mengadu yang dia bukan faham pun cikgu itu ajar dengan loghat entah dari mana datang nya. Sudah terang lagi bersuluh, kita mesti bertindak.

“Kite bako je!!!”
P/S: Tak ada lah sampai emosional sangat. Peace ^_^V
Wassalam,,
aim high tackle low,,,

10 comments on “Cikgu Mat Salleh?

  1. tol2..kerajaan patut kene kaji lebih mendalam lagi..
    harusnya jangan tertumpu pada 1 arah aje..

  2. Haha. Betul, betul. Nak-nak dapat lak cikgu yang sexy tak ingat dunia. Memang dari kecik la budak-budak kena saji benda macam tu. LOL.

  3. @Cik Domo: yap..sokong itu..^^

  4. @Fadzmie Mohamad: aha.. point itu lupa nak bagitahu… mekasey..^^

  5. heheheee
    jgn ler bakor! itam ler cikgu mat salleh tu! :(

  6. kita bako jee . kita bakoo . fire-2 .
    hahaha

  7. @Acik: Erkk,, camtu pulak ekk.. xpe, kite bako jugakk..^^

  8. @WaNi^^: amboi jadi otromen da nih..

  9. betul!! Kslau cikgu melayu pun budak2 susah nak absorb…
    apatah lagi cikgu omputih…
    Saye nie, lecturer dri Russia masuk, terumbang ambing mengikut.. hm…

  10. @Razil Tahir: haha.. sabar2.. Good luck la study. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!