Dual monitors & tips beli desktop

Apa itu dual monitors? Senang cakap dua monitor atau skrin. Baru-baru ni tak semena-mena Encik laptop berjenama **** telah meragam. Tak tahu apa sebab. Sudah dihantar kepada kawan yang berkhidmat sebagai doktor komputer separuh masa, namun tak dapat diselamatkan juga. Apalah nasib. Akhirnya masa yang berbaki kurang lebih setahun untuk balik Malaysia Encik laptop dihabiskan dalam almari sahajalah. Siapa suruh anda buat hal. Padan “skrin”!(“muka” diganti dengan skrin)

Jadi setelah berfikir panjang dan mengambil masa yang lama (2 atau 3 hari lama juga kan?), aku nekad untuk mengeluarkan duit membeli desktop pula. Cemburu melihat kawan-kawan dengan skrin monitor yang besar, padahnya melayang duit beriban. Dalam beberapa hari, sampailah barang-barang yang diorder dari laman yandex.ru. Teruja. Sumpah.

Oleh sebab aku tak pandai nak beli asing-asing barang dalaman seperti kad grafik, ibupapan(motherboard), dan yang lain-lain, jadi aku beli yang satu set siap punya. Lepas 3 minggu, dah belajar pasal desktop ni baru terasa menyesal. Barang-barang dalaman yang aku dapat dari 1 set itu boleh dikatakan asas(basic) maksudnya kalau aku beli asing-asing boleh dapat yang lebih bagus dengan harga yang sama. Malang tak berbau. Aishh. Nasihat aku kepada anda diluar sana, kalau nak beli desktop, lebih baik beli asing-asing(by part) dan pasang sendiri sebab lebih berbaloi. Namun perlulah mendapat bimbingan/nasihat dari orang yang lebih pakar yang tentulah bukan aku.

Mana datang lagi 1 monitor? Datangnya dari kawan yang tak pakai dah. Mengharap boleh dapat souvenir dari beliau. Sesungguhnya anda sangat hensem!

Kenapa beria pakai dua monitor ni? Buat sakit kepala je nak geleng kiri kanan kiri. Sebab utama adalah ianya percuma. Ahah. Dan kedua, satu monitor untuk tengok nota-nota fizik dan matematik, manakala 1 lagi untuk subjek sosiologi dan seumpamanya. Serius! Tolonglah percaya. :P

Dan sudah tentunya sebab yang lain, monitor yang besar untuk tengok video osem APG dan Omarseries dan satu lagi untuk laman sosial yang bersepah. Tapi bila dah pakai dua monitor ni, RAM pun perlu ditambah untuk desktop berfungsi dengan lebih efisien. Maka bertambahlah duit yang terbang keluar dari kocek aku.

Kesimpulannya, mari membeli-belah secara online! Pasti tidak sedar yang duit sudah kering dalam akaun dan membuatkan hati tak berapa nak tenang untuk hidup lagi sebulan. Kepada sesiapa yang teringin nak beli desktop tu, sebaiknya belajar dahulu bahagian-bahagian berserta fungsi mereka. Serius tak susah pun kalau nak pasang sendiri sebab aku dah pun teroka bahagian dalaman tower desktop aku. Anda bila lagi? Uhuk2.

Berehat sebentar bersama Cik Angel! Kantoi pula facebook dan twitter. Ehem.
Selamat berjaya!
Wassalam

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!