Gaza aku datang!

OK betul, ini memang tiada kena-mengena dengan Istanbul aku datang. Filem yang berpelukan, yang menggambarkan sikap pelajar luar negara. Aduh, kenapa aku terasa ni! Nauzubillah. Kecewa sikit dengan filem tersebut. Haih.

Bercerita tentang Palestine dalam entri lepas benar-benar menusuk hati menembak kepala(headshot). Bukan ingin membunuh diri tapi itulah sedikit sebanyak seperti memerli kita yang tiada usaha untuk menolong mereka. Benar, orang kata usaha ni datang dalam pelbagai cara, ada yang berdoa, ada yang menghulur sumbangan,ada yang memboikot, ada yang sanggup pergi ke Gaza sendiri menghulur tenaga, dan macam-macam lagi. Aku tak persoalkan tentang itu.

Bagi segelintir pihak yang tahu tapi masih tidak cukup sedar lagi tentang penderitaan penduduk Gaza dan memerlukan sedikit pemangkin, anda bolehlah menonton filem “Valley of the wolves Palestine”. Serius banyak juga yang dapat diambil iktibar dari filem ni, InsyaAllah. Sebenarnya aku sendiri baru lepas tengok, tayangan dianjurkan di asrama MAI ni. Bagaimana penderitaan seperti kehilangan anak, diseksa oleh tentera Israel, penindasan dan lain-lain lagi yang dialami oleh saudara kita ditunjukkan didalam filem tersebut. Sekali-sekala air mata meronta-ronta untuk membanjiri kelopak mata bila tonton filem yang dihasilkan oleh Turki ni.

Dan lepas tengok filem ni harap dapatlah menaikkan semangat untuk memperjuangkan dan menegakkan Islam tak kira macam mana sekalipun InsyaAllah. Sebagai permulaan ada nampak tabung dibawah? Ahah, itulah tabung yang dibuat istimewa untuk saudara kita disana. Apa lagi? Kalau nampak tabung seumpama ni bergerak ke bilik atau rumah anda, silalah jangan pura-pura sibuk, terus pegang perut menjerit kesakitan, atau lompat atas katil cepat-cepat tarik selimut. Bukan ingin paksa tapi….. Lu pikirlah sendiri. Ehem..

 

 

Akhir sekali…

 

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!