Haishh,, politik sekarang ni…

Assalamualaikum…

Hari ini dah hari ke-7 bepuasa. Alhamdulillah. Tinggal lagi 23 hari lagi nak raya. Tak sabar nya walaupun tak dapat raya dengan keluarga di Malaysia tapi tetap excited la.

Ok. Kali ini aku nak cerita sikit lah pasal politik negara kita @Malaysia.Aku pun sebenarnya tak ambil tahu sangat pasal politik ini dan kalau boleh tak nak ambil tahu pun. Tapi tak boleh lah macam itu. Yalah kan, kita sebagai rakyat Malaysia kenalah tahu tentang negara kita.Kalau nak tahu,sebenarnya kita juga ada peranan dalam politik ini. Walaupun bukan sebagai orang-orang besar dalam parti, ahli biasa pun dah cukup dah. Dan tanpa kita, siapalah mereka(orang-orang di atas) kan. Betul tak?

Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini ialah kalau di lihatkan sekarang ini, politik Malaysia dah semakin kucar-kacir. Pergaduhan, perebutan kuasa dan macam-macam lagi masalah telah melanda. Walaupun dalam parti yang sama tetap ada saling dengki-mendengki dan usaha untuk menjatuhkan satu sama lain. Kalau dengan cara bersih tak apalah lagi, tapi sehingga menyebabkan pembunuhan. OMG.

Kadang-kadang aku rasa kelakar la melihat MEREKA yang terlalu taksub dengan politik. Dah jadi macam budak-budak pula. Ya lah, bergaduh depan orang ramai.Sekarang ini, poilitik dibawa sehingga dalam masjid tapi yang tak tahan lagi apabila ada yang bergaduh dalam masjid. Ahli parti lain tak boleh ikut imam dari parti lain. Sampaikan masjid itu boleh dibahagi mengikut parti. Penjuru belah kanan depan, parti lain. Penjuru belah kiri belakang tempat lepak parti lain pula. Ish ish. Apa nak jadi lah.

Lepas Imam habis baca doa, Makmum-makmum sepatutnya bersalaman semua, tapi makmum dari parti A hanya bersalaman sesama mereka sahaja. Namun ada seorang dari parti A hendak bersalaman dengan makmum parti B, tapi apabila si A memandang muka si B, dia terus menarik balik tangan,dan berlalu. Astaghfirullah.

Kalau dalam satu masjid OK la lagi kan. Sekurang-kurangnya boleh lah nampak muka ahli parti lain. Tapi di sebuah kampung (Dirahsiakan namanya), lain pula ceritanya. Kampung tersebut mempunyai sebuah masjid dan sebuah surau. Aku ingin ke masjid untuk sembahyang jemaah pada satu malam dan menyatakan hasrat aku itu kepada seseorang. Orang tersebut bertanya kepada aku,”ko sokong parti A atau B?”. Aku pun agak pelik dengan soalan tersebut. Orang tersebut memberitahu setiap malam, orang parti A akan bersolat di surau manakala hanya orang parti B sahaja ke masjid.

 Biru: parti B
Hijau:parti A

Aku tanya, “Habis itu kalau orang parti A yang duduk dekat dengan masjid macam mana?”. Jawapannya, orang tersebut akan melalui depan masjid dan terus ke surau. Ya Allah. Sanggup mereka begitu sekali. Aku cuba bayang kan kalau masjid terletak di kampung lain, agaknya orang parti B akan ke masjid juga atau ke surau? Emm.. @.@

Lagi satu, aku ada sembang-sembang dengan kawan aku. Dia ceritakan kepada aku tentang kampung dia. Kampung dia terletak di kawasan sawah padi. Jadi ada banyak parit yang memisahkan antara rumah. Dia cakap jangan terkejutlah kalau masuk kampung dia, ada yang jalan bertar dan ada yang tak bertar. Itu sebab rumah orang yang dibahagian kawasan bertar ialah rumah parti A manakala jalan tak bertar dari parti B. Kadang-kadang ada yang elok je bertar, tapi sampai pada sebuah rumah, jalan dah tidak bertar. Mesti lah sebab tuan rumah tersebut ahli parti lain. Kesian. Tak pasal-pasal, dia tak dapat menikmati kemudahan-kemudahan di Malaysia ini. Macam tak adil je sedangkan tuan rumah tersebut juga rakyat Malaysia.

Di sini aku nak tekan kan, yang politik sekarang ini dah tak macam dulu. Dah lari daripada matlamat sebenar. Sehinggakan menyebabkan musibah kepada semua rakyat Malaysia. Aku harap mereka yang terlibat, sedar lah sebab kalau dibiarkan perkara ini akan bertambah buruk dan akan menyebabkan diskriminasi yang melampau pada masa akan datang.Fikir-fikirkanlah, perlukah sampai jadi begini sehingga mencampur adukkan politik dalam agama.

Aku terfikir, mungkinkah terjadi pada suatu hari nanti, nak masuk tandas awam pun ikut parti?

Wassalam..

P/s: Aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Hanya sekadar meluahkan pandangan.Minta maaf kalau ada menyinggung perasaan pembaca sekalian. Peace no war.. ^.^V
aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!