Hidup sang perantau 7: “First faculty,First day, First lecture, First time ponteng”

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah, hari ini dah sampai ke hari raya ke-5. Sungguh pantas masa berlalu.Dah lama aku tak conteng di blog ni, maklumlah sibuk sikit masa raya ini. ‘Ramai’ sangat tetamu yang datang padahal tak ada siapa pun. Cuma kawan-kawan kami dari St Petersburg je yang beraya dengan kami di sini. Kepada mereka, jemput- jemputlah datang lagi sini dan InsyaAllah, bila-bila masa nanti, kami pula datang sana.

Sebenarnya kami di sini dah mula dah kelas hari Rabu lagi. Jadi, bagi sesiapa yang ‘complain’ macam-macam pasal cuti sikit, baik korang bersyukur sekarang, sebab sekurang-kurangnya korang punya cuti lagi banyak dari kami di sini. Pada hari Rabu lepas, kami hanyalah mendaftar sahaja dan bermula pada hari tersebut kami berpisah, masuk ke fakulti masing-masing. Fakulti aku iaitu Fakulti 1 @ Aeronautical Engineering hanyalah dua orang pelajar Malaysia untuk batch aku. Aku dengan Zamri.

Masa pendaftaran pun aku dah cuak. Macam-macam berlegar dalam kepala. Boleh ke aku belajar sampai graduate 4 tahun lagi di fakulti ini? Berdoa je lah. Lepas habis pendaftaran, pelajar fakulti satu semua ada perjumpaan untuk kokurikulum@sukan. Aku cadang nak masuk kelab ragbi juga walaupun sedar, badan ruggers russian ni besar semacam. Tak apalah, aku nak tengok juga mereka main macam mana kan. Jadi minggu depan aku akan masuk ke kelab rugby MAI.

Kami yang special sebab diberi topi.^^
Perhimpunan pagi. Macam di sekolah pula.

Semalam, aku pertama kali belajar dengan kawan-kawan rusia. Tapi masa kelas pertama(macam kelas Dinamika la) kami dah ponteng dah, bukan sengaja lah kan. Alasan paling logik sekali iaitu SESAT. haha. Agak lawak lah . Yalah, dua jam kami cari kelas tak jumpa-jumpa sampai sakit kaki berjalan. Akhir sekali kami jumpa, tapi kelas dah habis dah dan terus pergi jumpa lecturer dan nasib baik beliau sangat memahami. Memang First class, first time ponteng la. permulaan yang ‘bagus’ untuk belajar di sini. =.=”

Lepas rehat sejam, kami sambung dengan kelas Mathematics analysis (MatAn). Tercengang je lah dalam kelas sebab Lecturer cakap punyalah laju. Nasib baik lah belajar metrices je. Banyak yang dah belajar dah masa sekolah dulu. Jadi tak apalah tak berapa faham pun sebab basic dah ada, yang lain ok je kot. Allah je yang tahu betapa nervous nya aku tadi. Apa-apa pun, hari pertama dah lepas dah. Harap-harap semua berjalan dengan lancar sampailah aku dapat degree nanti. Amin. Sekian, itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam

aim high tackle low,,,

8 comments on “Hidup sang perantau 7: “First faculty,First day, First lecture, First time ponteng”

  1. raya d perantauan?

  2. gud lak disana..=)
    dengar cerita ponn dah berdebar..apatah lg orang yg melaluinya..haha..
    All the best..^_^

  3. insyallah boleh go on..
    aamin..
    btw,
    gud luck!

  4. @FarhanahAdzlan:hehe mekasey2.. ^^

  5. @myra abdullah:Amiin.. mekasey..^^

  6. Goodluck ya!:)Dah duk kat oversea tu take advantage to travel and see the world! Travel is so much fun!

  7. @Nur Intan Syafinaz: Thanks.Tapi tak suke travel. Cuaca tak berapa mengizinkan. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!