Hidup sang perantau 7:” MAKS(Pertunjukan Udara Antarabangsa Russia 2011)”

Assalamualaikum,,

Entri kali ini, seperti yang dijanjikan, aku nak cerita tentang MAKS 2011 yang berlangsung di hujung Moscow ini.MAKS ini singkatan dari Международный авиационно-космический салон «МАКС-2011»  atau dalam bahasa English nya ,International Aviation and Space Salon. Di MAKS ini dapat menyaksikan pertunjukan udara serta pameran pelbagai jenis pesawat udara. Aku dengan kawan-kawan aku bertuah kerana dapat menyertai MAKS ini. 

Sabtu lepas lebih kurang pukul 10 pagi, kami bertolak dengan malasnya. Yalah awal pagi macam itu tambah dengan baru lepas hujan, sejuknya bukan kepalang lagi. Dah sampai di tapak karnival, mak ai, orang punya lah ramai. Nak naik sebelum itu memang sesak gila ar. Bayangkan lah dalam keretapi pun dah ramai sampai tak boleh bernafas. Hujan pagi itu tak menghalang orang ramai untuk menonton persembahan udara dari pesawat tempur, hinggalah helikopter.
MAKS ini diadakan setiap dua tahun sekali. Pelajar di sini jarang dapat peluang menyaksikan MAKS ini sebab biasanya cuti summer semua orang balik. Kami kira bertuah lah sebab baru tahun pertama dah dapat tengok pertunjukan yang memang gempak gila ini. Pameran pelbagai jenis pesawat, helikopter dan belon udara panas pun ada. Kawasan pameran sangat lah luas. Kalau nak lihat setiap satu pesawat, memang tak sempat satu hari. Di bahagian belakang terdapat banyak Hangar yang mempamerkan enjin, sistem radio dan komponen-komponen dalaman setiap pesawat udara. Sangat menarik bagi aku.
Tahun ini lain sikit antara tahun-tahun sebelumnya kerana Airbus telah mengambil bahagian sekali dalam pameran ini. Dapatlah kami tengok kapal terbang Airbus A380. Besar gila. Antara pesawat yang mengambil bahagian dalam persembahan udara ialah MIG 29, Sukhoi 27 dan Sukhoi PAK FA T50 yang dilengkapi teknologi Stealth dan menjadi tumpuan utama dalam bidang ketenteraan udara.
Sukhoi PAK FA T50
Jadi apa lagi, jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil dan cilok dari FB.
Russian knight(pasukan akrobatik tentera udara Russia) membuat pertunjukan dengan Sukhoi Su-27.
MIG 29
Airbus A380 yang besar.
Terdapat dua benda yang menjadi kebanggan orang Russia. Pertama ialah seni mereka dan kedua ialah kapal terbang mereka. Kapal terbang Russia memang sangat terkenal dengan fungsinya. Tambahan lagi, mereka membina sendiri semua kapal dan pesawat tempur mereka tanpa bantuan teknologi luar. Memang patutlah mereka bangga dengan hasil usaha mereka sendiri yang kini mendapat permintaan banyak negara terutamanya pesawat tempur dan Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang menggunakan nya seperti Su-30MK dan MIG 29N. Tak hairan lah berpusu-pusu penduduk Rusia datang ke pertunjukan udara ini.
kesejukan waktu mula-mula sampai.
Sukhoi Su-30 MK
Peliknya.
Russian Knight
Dalam salah satu hangar.
^_^
friendly betul orang Russia ni. Aku dah tolak-tolak, dia peluk gak nak buat macam mana kan. :p
 Akhir kata, MAKS 2011 memang gempak. Tak sia-sia aku korbankan hari Sabtu aku.Sekian,,
Wassalam.

aim high tackle low,,,

2 comments on “Hidup sang perantau 7:” MAKS(Pertunjukan Udara Antarabangsa Russia 2011)”

  1. wahh….besaunye airbus..
    seronok dpt tgk depan mata..

    <– tengok gambau y diberi je lah..hehe

  2. Hehe dun worry la. Malaysia pun ada beli gak airbus ni. Nanti boleh tengok gak. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!