Hijrah paksa?

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan salam Maal Hijrah 1434H kepada semua umat Islam. Kali ini tak nak aku cerita pasal peristiwa hijrah sebab pasti ramai yang dah tahu tentang ini dan kalau yang tak tahu itu pastilah anda berbohong ataupun anda terlupa. Benar bukan?

Apa yang aku dapat dari pengalaman dalam melaksanakan azam yang aku dah buat tahun lepas ialah berkaitan dengan paksa. Hijrah ini boleh diterjemahkan sebagai perubahan sesuatu ke arah yang lebih baik contohnya dari segi akhlak, daripada banyak melakukan dosa kepada kurang melakukan dosa. Pun boleh. Hijrah ini serius tak boleh dilaksanakan secara drastik sebagai contoh, anda pernah lihat orang yang berhenti merokok secara tiba-tiba?Apa yang terjadi? Cuma dalam konteks hijrah ni, kalau dibuat secara drastik, dikhuatiri akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi Cik Angel saja. Ehh.

Cik Angel.. Boleh bayang tahi dia macam mana?hikhik

Berbalik kepada isu paksa tadi, bagi aku, paksaan dalam hijrah ini diperlukan kecualilah jika anda rela hati untuk berhijrah atau contoh dalam konteks merokok, perokok yang rela hati untuk berhenti merokok. Ada ke? Kalau adapun perokok yang nak berhenti merokok secara rela mereka pasti akan berubah hati selepas sehari tak morokok.

Dan setelah itu, muncullah isu memaksa diri untuk tidak merokok. Sehinggakan ada diantara perokok yang mengurung diri didalam bilik seharian, ada yang berpuluh kali mandi dalam sehari, dan tidak kurang ada yang curi-curi beli rokok hisap atas bumbung syahid ditengah jalan. Ish ish. Bagi aku, langkah pertama untuk berubah ialah dengan paksaan dan lama-kelamaan barulah ia akan menjadi kebiasaan dan pada masa yang sama diterapkan dengan niat ikhlas kerana Allah. InsyaAllah.

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi sendiri pun menyuruh supaya mendidik anak-anak dengan paksaan, memukul/merotan mereka sekiranya meninggalkan solat.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan tahun baru ini dengan memaksa diri untuk berubah. Kalau nak ditunggu relahati sampai kiamat pun mungkin tak dibuka pintu hati untuk rela berubah ke arah kebaikan. Jangan ditangguh sesuatu yang baik, sesungguhnya kita tak mampu meramal bila malaikat maut akan datang menjemput kita.

Wassalam.

P/S: Sekali lagi entri membenam kepala sendiri dalam kolam penuh air selama seminit. Tak apalah moga menjadi peringatan buat aku dan anda semua. InsyaAllah.


aim high tackle low,,,

5 comments on “Hijrah paksa?

  1. Selamat tahun baru!

  2. salam maal hijrah…buat yg termampu dalam hijrah…

  3. kadang untuk ikhlas memang perlu paksaan, semoga azam thun ni dapat dilaksanakan dan dipermudahkan insyALLAH

  4. Nabi tak suh kita paksa anak2 solat secara tiba2. Tapi minta kita suruh… arahkan dulu. Means bagitau kt dorang dulu (ajar, nasihat dsb) supaya anak2 tau yg solat tu wajib.. takdelah tetiba je kena rotan. mesti dorang emosi punya. :)

  5. salam maal hijrah. mulakan penghijrahan dengan azam yang teguh :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!