Ice skating versi Gorky Park

Lama sudah blog ni ditinggalkan tak bersentuh.Maaf. Bukan keadaan tak mengizinkan cuma, cuma kemalasan menguasai diri ohoi.

Alhamdulillah, semalam berjaya memaksa diri untuk keluar dalam kedinginan musim sejuk dengan suhu -4 pergi ice skating di Gorky Park. Serius, ni merupakan kali kedua aku main skating seumur hidup, jadi janganlah mengharap video atau gambar aku menari atas ais, lompat sana sini. Titik.Semalam kami bertiga gerak dari pukul asrama pukul 4 petang dengan suhu tak berapa sejuk. Jadi sangat sesuai dengan niat untuk main skating outdoor. Kalau tahun lepas aku pergi dengan suhu -16, oh peritnya tak terkata. Nak ambil gambar tak boleh sebab sejuk sangat, masa skating pun terjejas dengan menggeletar lutut jadi jatuh pun berpuluh kali belum campur kena langgar dengan orang Russia lagi. *alasan

Gerbang pintu masuk Gorky park..

 

Sesampainya kami disana, terkaku sekejap. Lautan manusia sedang beratur membeli tiket masuk. Baru teringat sebab sekarang ni musim cuti, patutlah ramai orang. Fikir dua kali juga samada nak teruskan niat main ataupun hanya berjalan ambil gambar awek Russia pemandangan. Oleh sebab dipaksa dipujuk abang Shah, kami pun beraturlah mencuba nasib.

 

Beratur nak masuk..

 

Selepas sejam setengah beratur barulah jumpa kaunter beli tiket. Masuk dan sewa kasut kena cas kurang lebih RM50(500 Rubel). Agak mahal berbanding tempat aku pergi tahun lepas di Sokolniki. Tapi Gorky Park ni memang cantik, dihiasi dengan lampu dan kalau sesiapa yang tak masuk boleh jalan-jalan tengok orang skating dari atas jambatan yang dibina merentasi taman(ice ring) tersebut.

Jambatan menyusur..

 

Tiba masa bermain! Teruja! Target kali ni tak nak jatuh langsung, walaupun baru dua kali je main. Mampukah? Dengan adanya senior yang pakar skating(Eh) bersama kami, jadi tak perlu risau jatuh, nak jatuh je dia datang selamatkan. Eheh yela tu. Sejam setengah pusing dalam taman tu, sangat cantik! Berbaloilah beratur sejam lebih untuk beratur masuk.

bertatih..

Kadang-kadang malu juga sebab tengok budak 4 tahun lagi laju dan hebat skating, aku yang dah tua ni barulah nak bertatih. Budak-budak tu siap pusing-pusing lompat lagi yang kami hanya boleh buat aksi pusing-pusing jatuh dan kalau nak hebat lagi jatuh dengan pelbagai gaya.Hihi

Layan gambar..

Abang ensem..

 

fotografer..

 

Senyum dalam sejuk..

kami.. [kredit]

Ok. Cukup setakat ni. Lepas ni target nak snowboarding pula. Tapi tak tahu bila. Doakan.

P/S: Masa pergi dan balik semalam sempat menembak untuk edisi jelajah metro. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, isnin nanti akan diupdate. Dan maaf, gambar yang buruk tu semestinya aku yang ambil, dan gambar yang cantik tu Zamri yang tembak.

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!