Jangan tertipu dengan sang mentari!

Semalam, ya semalam. Pagi di Moscow disinari cahaya mentari yang terang benderang. Hampir seluruh ceruk sekitar asrama ini dilimpahi cahayanya. Sebenarnya, jarang sekali moscow disinari cahaya mentari sejak 2 3 minggu ni. Yalah, nak masuk musim sejuk ni, memang hari-hari mendung kelabu, kelam berkabus , dan sejuknya tak perlu cakap lah.

Depan asrama sambil tunggu bas..
Silauan cahaya anda yang menyegarkan..

Tapi, dengan hadirnya sang mentari diluar bersama cahaya tak semestinya kehangatan turut dibawa bersama. Benda ni sudah menjadi lumrah hidup dibumi sejuk ni. Bila nampak sang mentari, seringkali aku tertipu.

“Oh Alhamdulillah! Hari ni panas. Tak perlu pakai baju tebal-tebal.”
“Yesss, boleh main bola petang ni depan asrama!”
Metro planernaya. Suhu tetap 2 darjah walaupun ada sang mentari..

Tapi hakikatnya, kalau terlajak keluar asrama tak pakai baju tebal, memang menyesal sepanjang hari. Pergi kelas menggigil balik kelas pun menggigil. Jadi, tiap pagi, kalau nampak sang mentari menyinar, ucap Alhamdulillah dulu sebab dapat juga tengok beliau lagi lepas itu buka tingkap hulur tangan di luar. Sebab apa? Kena rasa dulu, sejuk ke tak hari tersebut.

Ada orang tanya, buat apalah susah-susah hulur tangan, weather forecast ada. Bagi aku, weather forecast pun tak boleh percaya sebab nak rasa real feel diluar hanyalah dengan cara hulur tangan tadi.

Jadi apa ibrah yang dapat dari sang mentari ni? Ahah. Fikirlah sendiri ye..

Wassalam

P/S: Hari ni Encik matahari tak muncul lagi walaupun dah pukul 12 lebih. Encik matahari pun bangun lambat?


aim high teckle low,,,

One comment on “Jangan tertipu dengan sang mentari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!