Jelajah Metro Moscow #1(Planernaya)

Isnin datang lagi! Maknanya projek Jelajah Metro Moscow bermula seperti yang dijanjikan. Sebagai pemanas badan, aku mulakan dengan stesen Metro paling dekat dengan asrama aku iaitu Планерная(Planernaya) lebih kurang 15 minit jalan kaki.

Tiap kali kalau nak pergi universiti, aku mesti masuk dari metro ni sebab paling dekat kecualilah kalau naik tramvai. Jadi stesen metro ni dah jadi seperti rumah ke-4 lah. Eh?

Apa yang aku suka stesen metro ni sebab ada jam dengan suhu dipaparkan diatas bumbung stesen ni. Jadi tiap hari kalau terlupa nak tengok suhu kat asrama, bolehlah tahu suhu hari tersebut bila dah sampai stesen ni. Macam hari ni agak sejuk, -6 darjah.

Binaan stesen ni agak biasa saja. Jom layan gambar!

nampak suhu kat atas tu? -6 darjah..

stesen-stesen yang ada dalam garisan dengan stesen planernaya ni ditunjukkan pada dinding ni. Jadi kalau naik sampai hujung jumpa lah stesen paling hujung tu.

Planernaya

Itulah jam yang aku cerita dalam entri ini..

Stesen dibuka pada 30 Disember 1975. Arkiteknya ialah M. Trenin dan ketua kontraktor ialah Koshelev..

Nampak keretapi kat sebelah tu? Buruk kan?

Ok. Maaf sebab gambar semua buruk dan ada yang senget. Kelam kabut sangat masa ambil gambar sebab ada beberapa orang pak polisi kat situ. Tak tahu kenapa. Takut juga kena tangkap nanti. Hehe.

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!