Jelajah Metro Moscow #4(Partizanskaya)

2 minggu yang lalu, disebabkan aku sempat singgah di Partizan atas hal-hal tertentu, jadi dapatlah aku snap beberapa keping gambar untuk update siri Jelajah Metro Moscow yang dah bersawang. Jadi terimalah!!!

Metro Partizanskaya terletak dalam line biru pekat (Arbatsko–Pokrovskaya Line) yang dikatakan line paling panjang antara semua line yang ada. Dalam line ini ada stesen metro untuk ke stesen keretapi kievskii(kievskii vokzal) iaitu antara 9 stesen keretapi yang terdapat di Moscow

peta metro

Peta metro Moscow

 

Cukup tentang line biru pekat, mari kita sembang pasal stesen metro partizanskaya. Stesen ini boleh cakap femes juga sebab berdekatan dengan sebuah pasar souvenir yang murah. Pasar ni memang luas dan menyediakan pelbagai jenis souvenir seperti baju, keychain, magnet fridge dan macam-macam lagi. Dan aku akui, antara tempat paling murah di Moscow!

Pasar ini juga akan menjadi lebih femes bila cuti summer sebab nak balik Malaysia, jadi akan jumpa ramai pelajar Malaysia.Hehe. Secara tak langsung metro partizan ini juga sangat dikenali oleh masyarakat disini. Masa yang di ambil dari hostel aku(planernaya) ke metro partizan ni dalam 47 minit.

Partizanskaya

Metro Partizanskaya

Metro Partizanskaya

Partizanskaya

20141215_170551

Dari atas

 

Terdapat juga kawasan hotel 3 bintang berdekatan dengan stesen metro ni dan memang sangat berpatutan dengan pilihan hotel yang banyak. Boleh search google Izmailovo hotel. Hotel ni dibina masa Summer olympics 1980 atas faktor kekurangan hotel bagi menempatkan peserta olympic dan penonton/penyokong. Jadi selalunya pelancong yang datang ke Moscow akan menginap di hotel ni sebab servis dan kemudahan yang mantap. Aku pun dah tengok hotel-hotel ni dengan mata sendiri.

Metro Partizanskaya

Semasa bukan waktu puncak

Metro Partizanskaya

whoooshhhhhh

Metro Partizanskaya

Lepak jap

Berbalik kepada stesen partizanskaya, dulunya dikenali dengan nama izmailovsky park dibina semasa perang dunia kedua untuk mengingati jasa askar bantuan(lebih kurang) yang menentang tentera Nazi pada ketika itu. Sebab tu la tengok dalam gambar ada monumen-monumen yang menyerupai askar russia.

Wallahualam, setakat ini saja untuk siri Jelajah Metro Moscow.Layan dulu gambar dan InsyaAllah Kita jumpa lagi dalam siri seterusnya!

 

Metro Partizanskaya

Landasan kat bawah tu

Metro Partizanskaya

Metro Partizanskaya

Monumen partisans

Metro Partizanskaya

Monumen partisans lagi

 

aim high tackle low,,,

One comment on “Jelajah Metro Moscow #4(Partizanskaya)

  1. lama dah stesen jeretapi tu dr perang dunia kedua lagi.
    Entri Terbaru Denaihati >>> Charlie Hebdo lukis lagi kartun RasulullahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,117 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!