Jelajah Metro Moscow

Terasa lama tak menulis. Kali nak cerita pasal Metro Moscow. Ada nampak peta dibawah? Itulah peta metro. Metro ni sebenarnya keretapi bawah tanah yang menjadi salah satu pengangkutan awam yang utama di Moscow. Sebab apa.

Anda boleh nampak betapa serabutnya peta dibawah dan dari situ boleh tahu yang stesen-stesen Metro ni merangkumi hampir seluruh bandar Moscow yang luas ni.

 

1-Stesen Metro Planernaya berdekatan asrama aku.
2-Moscow Aviation Institute terletak berdekatan err jauh jugak sebenarnya dari stesen Metro Shukinskaya.
Dalam peta ni setiap nama Stesen Metro ialah dalam bahasa Russia disertakan dengan cara menyebut dibawah setiap nama.

Sejarah penubuhan Metro di Moscow ni bermula sejak abad ke 19 lagi setelah timbulnya isu pengangkutan akibat daripada bilangan penduduk yang meningkat. Jadi timbullah idea untuk membina keretapi bawah tanah. Setelah masalah ni menjadi serius, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis telah mengarahkan projek ni disegerakan dan pada 1931 kerja-kerja pembinaan dimulakan. Majoriti pekerja merupakan petani dan tentera. Selepas itu beberapa orang pelukis telah diupah untuk menghias bangunan dan stesen Metro. Tak hairanlah hampir semua stesen metro mempunyai ukiran yang unik dan cantik dengan hiasan yang menarik. InsyaAllah nanti akan aku tunjukkan beberapa stesen metro yang unik dan cantik bagi aku.

Stesen Metro ni juga berfungsi sebagai tempat perlindungan semasa perang Dunia ke-2. Sebab itulah kebanyakan stesen lama dibina sedalam berpuluh meter dari permukaan tanah. Stesen Metro paling dalam ialah park Pobedi iaitu sedalam 84 meter dari permukaan tanah. Kalau tengok dari atas memang gayat juga tambah-tambah bila turun menaiki eskalator(tangga bergerak).

Stesen-stesen Metro ada yang dikategorikan platform paling pendek dan paling panjang, paling dalam, dan paling cantik. Jumlah stesen yang ada sekarang ini ialah 185 dan ada beberapa stesen lagi akan ditambah dan sedang dibina. Mengikut ura-ura, bulatan kedua juga akan dibina mengelilingi bulatan pertama yang boleh nampak diatas. Hal ni akan memudahkan pengguna dengan tidak melalui bulatan tengah jika ingin pergi dari stesen hujung ke stesen hujung yang berlainan garisan.

Apa yang aku suka tentang Metro ni ialah kepantasan dan ketepatan masa berlepas dan tiba. Kalau nak tahu, dihujung laluan keretapi ada diletakkan jam untuk menunjukkan berapa masa yang diambil untuk keretapi lain tiba setelah satu keretapi berlepas. Paling cepat pernah aku perasan, ialah 30 saat dan paling lambat lebih 3 minit. Selalunya keretapi tiba bawah 50 saat.

Setelah keretapi tiba, pintu akan dibuka untuk beberapa saat sahaja dalam lingkungan 10-15 saat dan akan ditutup serta-merta. Bagi sesiapa yang lambat tu nasiblah terkepit dekat pintu. Keh2(cakap kat diri-sendiri) Begitulah pantasnya kehidupan di Moscow.

Stesen Metro Kievskaya…

 

Sebenarnya, aku teringin nak pergi menjelajah ke semua stesen Metro dan kongsikan di sini. Akan aku rajinkan diri sebab agak mustahil bagi aku nak sampai ke semua stesen. Yalah, selama setahun lebih aku di Moscow ni, tak sampai 1/4 dari keseluruhan stesen ni pernah aku jejakkan kaki. Jadi nantikan update tentang stesen metro ni!

Wassalam
P/S: Projek Jelajah Metro ni akan diupdate pada hari Isnin. Kalau tak setiap minggu, mungkin 2 minggu sekali, atau 3 minggu sekali atau errr.. InsyaAllah. Doakanlah agar tidak hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam.


aim high tackle low,,,

2 comments on “Jelajah Metro Moscow

  1. Woww . cantik dan menarikk . letak ler gambo2 banyak sikit , nak juga tgk rupe stesen tu . hehe

    mesti bestkan bljar dkt negara org . bnyk pengalaman :)

    dtg dari blog DF ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!