Jom belajar Bahasa Rusia..

Assalamualaikum,,,
  Entri kali ini aku nak cerita sikit pasal bahasa Rusia dan beberapa perkataan yang ringkas di gunakan dalam hidup seharian. Tapi sebelum itu anda semua kenalah tahu beberapa fakta penting yang boleh membantu dalam pembelajaran bahasa Rusia ini. 
  • Perkataan-perkataan dalam bahasa Rusia ini kebanyakannya panjang-panjang. Jadi kalau nak tulis itu kena banyak-banyakla bersabar. Contoh:
sembang=разговоривать(sebutan dalam melayu=razgavarivat)
ambil gambar=фотографировать(fotografiravat)
    dan banyak lagi lah contoh-contohnya.
  • Setiap kata nama di dunia ini dalam bahasa Rusia mesti ada jantina iaitu maskulin,feminin atau neuter. Haa,   jangan terkejut lah. Ingat benda hidup je ada jantina. Jadi untuk mengetahui setiap jantina benda-benda ini, tidak lain dan tidak bukan, kenalah ingat. Tapi majoriti benda yang feminin berakhir dengan huruf ‘a’ di belakang nya.Manakala, bagi maskulin pula setiap perkataan yang berakhir dengan konsonan. Bagi neuter pula berakhir dengan vokal ‘e’ atao ‘o’. Contohnya seperti di bawah.
        contoh maskulin     :стол(sebutan=stol)(meja)
           contoh neuter         :лицо(sebutan=litso)(muka)
                        contoh feminin        : машина(sebutan=mashina)(kereta)
  • Setelah anda tahu ‘jantina-jantina’ setiap kata nama, barulah anda boleh menggunakan kata adjektif untuk semua kata nama. Bagi ketiga-tiga jantina, ada sedikit perbezaan bagi adjektif. Contoh kata adjektif ialah cantik.
untuk maskulin    : красивый стол(meja cantik)(sebutan=krasivii stol)
untuk neuter       :    красивое лицо(muka cantik)(sebutan=krasivoe litso)
untuk feminin       :   красивая машина(kereta cantik)(sebutan=krasivaya mashina)
  • Anda perasan tak?, semua nama perempuan Rusia akan berakhir dengan huruf ‘a’ di belakang seperti Tatiana, Anna, dan Alina. Manakala lelaki akan berakhir dengan konsonan seperti Alekzander, Vladimir dan lain-lain.
  •  Terdapat juga perkatan-perkataan yang harus diingat jantinanya samada feminin atau maskulin yang berakhir dengan huruf soft sign=’ь’.
  • Selain itu,terdapat 6 jenis kata ganti nama diri dalam bahasa Rusia iaitu:
я=(saya)(sebutan=ya)
ты=(awak)(sebutan=tei)
он(maskulin)/она(feminin)=(dia)(sebutan=on/ana)
мы=(kami)(sebutan=mei)
вы=(awak/awak semua)(sebutan=vei)*untuk panggilan hormat bagi ‘dia’
они=(mereka)(sebutan=ani)
  • Oleh sebab ada 6 jenis kata ganti nama diri, jadi semua kata kerja yang nak digunakan lepas kata ganti nama diri  berbeza bagi setiap kata ganti nama. Ini lah yang membuatkan bahasa russia sangat rumit.Bahasa Melayu lagi senang la sebab tak ada lah kena tukar sampai 6 kali kalau nak guna awk,saya, dia, kami, ataupun mereka.
  • Selain itu , terdapat juga 6 jenis kes yang mengasingkan semua kata kerja. Dan bagi setiap kes kenalah tukar kata nama atau pun kata ganti nama. Sangat rumit. Kalau nak diterangkan kat sini memang sampai 4 hari 4 malam pun tak sudah.
  • Keistimewaan bahasa Rusia ini ialah, susunan ayat tak diambil kira. Maksudnya kalau tunggang terbalik kata ganti nama kat belakang ke atau kata kerja kat depan ke, pun boley. Sebab kita dapat faham apa maksud ayat-ayat yang ditulis tadi dengan mengenal jenis-jenis kes yang digunakan bagi kata ganti nama, kata nama, dan kata kerja. Ini jelah yang aku rasa keistimewaan bahasa Rusia.
Jadi ini lah serba sedikit tentang bahasa Rusia yang aku belajar sekarang. Banyak lagi kalau nak belajar. Jadi sekarang aku nak translatekan bahasa Malaysia kepada bahasa Rusia dan sebutannya.
Selamat pagi=Доброе утро(sebutan=dobrei utra)
selamat malam=Добрыйвечер(sebutan=dobrei vecer) 
selamat petang=добрый день(sebutan=dobrei den)
hello/hye=привет(sebutan=privet)
hello/selamat sejahtera=здравствуйте(sebutan=zrastvuite)      
selamat tinggal=до свидания(sebutan=dasvidaniya)
terima kasih=Спасибо(sebutan=spasiba)
*yang paling ramai orang tanya aku, “Aidil, macam mane nak sebut i love you dalam Rusia?”. Amboi, nak jiwang ngan awek dalam bahasa Rusia lak..hehe.. macam ini:
я тебя люблю=saya awak cinta.(sebutan=ya tibya lublyu)
Ini lah contoh ayat yang terbalik. Tapi boleh juga cakap “ya lublyu tibya”
Kesimpulannya, cintai lah bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu, salah satu sebab, sangat senang. Lecturer Rusia aku pun senang je belajar bahasa melayu.
Sekian,
Selamat mencuba.
wasssalam. 
aim high tackle low,,,

3 comments on “Jom belajar Bahasa Rusia..

  1. huishh.. susah nyer nak sebut.:) like like..

  2. privet..menya zavut hakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!