Kain,kain kain, mari beli kain!

Assalamualaikum

Kain!kain!kain! mari beli kain!yang lama tukar baru! Eh.. Macam kenal ayat nih? haha ok. Memang kenal cuma yang perkataan kain itu ditukarkan ke tilam.

Ada nampak benda baru tak di blog ni?Tu yang iklan sebelah kiri bawah tu?ahah, mesti ada yang tak perasan lagi. Kalau dah perasan tu tolong bagitahu kawan-kawan yang belum tahu.Hehe. Aku sebenarnya nak tolong kawan aku promote bisnes beliau yang baru setahun epal atau jagung yang lebih tepat.

Beliau merupakan pelajar yang belajar di India dan agaknya mula terfikir untuk membuat bisnes ni setelah ramai rakan-rakan yang mengirim kain dan saree daripada beliau. Ada yang jadi tokeh kain lah lepas ni. Setelah aku tengok kain-kain yang ditunjuk dalam facebook Dilasari, aku pun tertarik nak beli kain-kain ni sebab:

1)Harga yang murah dan berpatutan.
Aku yakin yang harga kain disana pasti murah dan berpatutan dan pendapat ini dipersetujui oleh kawan-kawan aku yang lain. Terutamanya kawan perempuan yang begitu sensitif dan penuh ilmu tentang kain-kain ni. Tunjuk je kain, data-data semua berada dalam kepala sepantas kilat.Amboih hebat! Kalau suruh hafal Biology tak boleh pulak. :p

2)Pastinya sebab kain yang cantik dan berkualiti(Terutamanya kain sutera yang pelbagai jenis).
Sekali pandang je, bukan sahaja perempuan, lelaki pun boleh tertarik. Tapi jangan risau para lelaki diluarsana, untuk anda juga ada dijual seperti kurta dan lain-lain.Ok yang menangis tadi boleh berhenti dan kesat airmata anda.hehe

3)Sebab diimport segar(fresh) dari India.
Mak Jemah: Eh Tijah, mana kau beli kain ni?
Tijah: Hei i beli dari India tau! I ni mana main kain-kain tepi jalan tu.(tangan didada, mata jeling-jeling)
Mak jemah: Haa bila masa pula kau pegi India?
Tijah: Eh ada la aritu i honeymoon dengan Encik Ajis.Ehem

Ok tak baik menipu. Jangan tiru ayat diatas dan seeloknya katakan yang benar, bolehlah promote DilaSari sekali kan.Eh. Bagi sesiapa yang nak beli boleh like dan berhubung dengan beliau di Facebook.

Contoh kain yang dijual. Ada banyak lagi yang boleh dilihat di page facebook beliau atau nak senang klik sahaja iklan sebelah kiri bawah.

pure mysore silk..

Dengan ini, aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Dah kaya nanti bolehlah belanja aku.Ehem. Eskem Baskin Robbin pun jadi la.Haha.

Wassalam.

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!