Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Moscow Aviation Institute 2012

Ohoi mari beriadah sebentar! Pada 9,10,16,17 November 2012 yang lepas kami(pelajar MAI Malaysia) telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup MAI yang dianjurkan oleh Kelab Ragbi Moscow Aviation Institute.
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar Russia dari fakulti 1,2,3,4,5,6, pasukan junior MAI dan kami iaitu wakil pelajar Malaysia yang menuntut di MAI. Setelah berfikir panjang, kami sedar yang peluang untuk mendapat pingat itu ada atas beberapa sebab. Ehem. Oleh itu, kapten pasukan kami telah melakukan beberapa pemilihan untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik bagi merebut tempat pertama dalam kejohanan tersebut.
Namun pada hari kedua iaitu perlawanan ke 3, kami telah tewas kepada pasukan juara bertahan tahun lepas iaitu fakulti 1. Tapi itu tidak melemahkan semangat kami untuk muncul naib johan. Alhamdulillah berkat doa, serta usaha, pingat perak berjaya dirampas oleh kami dalam penyertaan buat julung kalinya dalam kejohanan tersebut.
Orang cakap, tahun depan mesti kena lebih bagus dari tahun ni. Jadi sasaran yang diletakkan tahun depan pastinya tempat pertama dengan menewaskan juara bertahan 3 kali berturut-turut iaitu fakulti 1. Bolehlah, pemain fakulti 1 semuanya pemain MAI dan seorang tu merupakan pemain Russia untuk Junior Worldcup 2012 kot. Perhhhh!
Tak nak cakap banyak. Jom layan gambar yang diambil oleh jurugambar MMASO..
Penat ke bang? [kredit]
Man of the match.. Encik Pogo.[kredit]

 

Betul ke aku dapat piala ni?[kredit]

 

Encik coach memberi piala kepada pemenang tempat ketiga iaitu pasukan junior MAI.[kredit]
Fakulti 1 berjersi biru belang hitam pemenang tempat pertama. [kredit]

Wassalam
P/S: Terima kasih daun keladi kepada semua pemain dan jurugambar terutamanya!

aim high tackle low,,,

2 comments on “Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Moscow Aviation Institute 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!