kejutan sebelum exam….

Assalamualaikum,,
Untuk pengetahuan anda semua,, jeng jeng jeng.. Hari ini merupakan hari last aku di MIAT.YEAAHHHHH!!! Maksudnya, sudah habis lah tempoh persediaan setahun di UNIKL MIAT ini. Tadi last exam fizik la. Agak kecewa lah sebab ada satu benda terjadi masa exam tadi.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun masuk ke dalam kelas sebagai tempat kami mengambil peperiksaan Fizik. Itu pun dah terlambat 30 minit sebab dewan peperiksaan tak boleh digunakan akibat kebakaran yang berlaku berpunca daripada entah aku pun tak tahu lah di bilik ICT bersebelahan dengan dewan. Jadi maknanya kami tak boleh lah menggunakan dewan sebab tak ada aircond.
Nak dijadikan cerita, setelah kami masuk ke dalam kelas, lecturer Fizik aku tiba-tiba sebut beberapa nama daripada senarai nama yang ada kat tangan dia. Kami semua memandang beliau dengan muka pelik. Setiap kali dia sebut nama, mesti dia pandang muka tuan empunya nama.
Aku harap dalam hati, jangan lah nama aku disebut. Sebab selalunya kalau dia sebut nama-nama ini, maka akan datang lah segala bentuk masalah kepada tuan empunya nama. Dan akhir sekali memang nama aku tak disebut pun. Aku pun tak tahu lah, samada nak bersyukur atau sebaliknya.
Setelah habis sebut nama-nama tersebut, dia cakap, nama-nama yang disebut boleh keluar sebab dah lulus dah exam dan tak payah ambil dah. WHAT THE F**K… 0_o.. cet.. Sungguh tidak adil. Lecturer aku cakap yang dekat Russia sesetengah lecturer suka bagi kejutan menjelang peperiksaan.Berbagai-bagai jenis kejutan samada yang negatif atau pun positif. Jadi kami yang kena jawab exam tadi, terpaksa redha je la walaupun sedikit terkilan.. Tapi pada pukul 8 malam tadi semuanya lulus exam fizik kali ini dengan jayanya. Alhamdulillah..
Moralnya, Lain kali doa lah yang nama kita disebut oleh lecturer,, haha.. tak ada kaitan pun,
aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!