Kelemahan sistem pendidikan Malaysia

Assalamualaikum,,

Tak lama lagi PMR akan menjelang bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 termasuk adik aku juga. Good luck lah kepada mereka. Seperti yang kita tahu, di Malaysia, sistem pendidikan hanyalah berteraskan peperiksaan. Maksudnya ialah remaja-remaja di sekolah hanyalah menumpukan sepenuh perhatian untuk lulus peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Penumpuan kepada peperiksaan ini telah menyebabkan pelajar-pelajar hanya menghafal tanpa memikirkan aplikasi dalam hidup seharian. Cuba fikirkan balik, kenapa kita belajar? Adakah kerana untuk lulus peperiksaan ataupun untuk mengetahui sesuatu dalam hidup ini. Contoh nya subjek Sejarah. Sesetengah pelajar hanya menghafal fakta, tarikh dan tokoh-tokoh hanya untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dan ujian tapi bukannya untuk mengambil pengajaran serta memperbaiki diri.

Oleh sebab ingin lulus dan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, pelajar-pelajar sanggup membayar beribu-ribu ringgit untuk mengambil kursus menjawab peperiksaan. Setelah itu wujud individu-individu mengambil kesempatan untuk membuat duit dengan menjual soalan-soalan ramalan yang akan masuk dalam peperiksaan. Kalau tepat soalan yang masuk tak apalah, tapi kalau sebaliknya, dah lah rugi duit, keputusan peperiksaan pun akan terjejas kerana  menumpukan perhatian kepada soalan ramalan sahaja.

Setelah itu, pihak sekolah juga akan terdesak untuk meningkatkan prestasi keseluruhan pelajar. Kalau ada pelajar yang lemah, mereka akan dipaksa untuk membuat latihan dan menghadiri kelas tambahan sehingga keputusan mereka bagus. Tapi kalau lepas peperiksaan, jika mereka gagal, mereka dipandang serong, keputusan pelajar yang teruk ditampal pada papan kenyataan hanya dengan tujuan sebagai pengajaran, malah ada yang dibuang sekolah kerana dikatakan tidak layak berada di sekolah.

Perkara ini telah menyebabkan timbul kes-kes murid yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akibat lemah dalam pelajaran seperti yang terjadi baru-baru ini. Ini semua hanyalah disebabkan pihak sekolah yang tak mahu menanggung malu serta tidak mahu dimarahi pihak atasan sekiranya keputusan pelajar-pelajar teruk. Sanggupnya mereka menghalang murid-murid untuk mengambil peperiksaan, sedangkan ibubapa mereka membayar yuran dari darjah satu lagi.Kalau kena pada anak sendiri macam mana? Kalau di Russia ini tak apalah sekiranya guru-guru menghalang pelajar ambil peperiksaan, sebab di sini tiada yuran bagi semua pelajar samada di sekolah mahupun di universiti. Semuanya FREE.

Mangsa kekejaman sistem pendidikan..

Perkara ini tidak boleh dibiarkan terus terjadi, seseorang perlu bertindak dengan cepat. Sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan ini harus di ubah atau sekurang-kurangnya diperbaiki lagi dimana ada kelemahan. Jangan sampai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa seperti murid-murid darjah 6 tersebut. Hancur masa depan mereka kalau dibiarkan begitu sahaja. Panas betul hati aku bila terbaca artikel mereka di Berita Harian. Sungguh tidak patut.

Wassalam,,,

aim high tackle low,,,

7 comments on “Kelemahan sistem pendidikan Malaysia

  1. kesian budak2 ni tak dapat nak ambil UPSR…alasannya..murid2 ni kurang bija..takut peratus kecemerlangan sekolah merosot..hissh..tak paham aq..

  2. @Ezad Skytech: Tu la pasal.. Tak baik betul la cakap orang tak pandai.. Sedangkan kita pun banyak kekurangan lagi.. Ish ish..

  3. Sepatutnya cikgu takleh la panggil budak2 tu bodoh…tak baiklah..pelik2 la cikgu skunk ni.

  4. duit kita semua kena bagi org atas.

  5. kesian nye la anak melayu,cina,india dkt negara kita ni…….

  6. @ct jue: kesian-kesian.. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!