Kem Birotatanegara di KBN Quarters KLIA…

Assalamualaikum,,Hoho,, lama sudah tak update blog nih,, maklum la, sangat sibuk kebelakangan ini..
Minggu lepas aku bersama budak Pre Russian terpaksa pergi ke kem Biro Tatanegara.. Terpaksa lah kan,, sebab kalau tiada dalam perjanjian dengan MARA sebagai syarat untuk fly ke Russia,, dah pasti la kami tak pergi kem itu..
Namun, anggapan aku tentang kem itu ternyata salah sama sekali.. Sebab lepas aku balik dari kem itu BTN itu, memang aku baru sedar tentang tanggungjawab rakyat Malaysia..
Sebelum pergi kem tersebut di KBN kuarters KLIA, aku agak ni mesti bosan punya kem..
Sebab masa aku form5 pon da pernah pergi BTN.. Tetapi, ternyata kem BTN kali ini berbeza sangat dengan kem yang aku pergi masa form 5..

Tak tahu lah mungkin masa form 5 itu, aku tak cukup matang lagi untuk sedar tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, atau aktiviti yang dijalankan tidak efektif, atau aku tak memberi tumpuan terhadap ceramah-ceramah dan aktiviti yang dijalankan..
Tapi sekarang faktor utama yang aku rasa telah berjaya menyedarkan aku ialah, Fasilitator dan aktiviti yang dijalankan..
Fasi-fasi yang datang masa kem aku kali ini, semua ada belajar psikologi..
Wow,, memang baguslah kan.. Mereka tahu bagaimana untuk menyedarkan kami tentang matlamat kem BTN ini..
Tambahan pula, cara penyampaian mereka sangat berlainan.. Bayangkanlah,, kami, generasi muda hari ini, dapat merasakan bagaimana kehidupan, atuk nenek kita semasa zaman penjajahan British dan merasakan pengorbanan yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh kemerdekaan demi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah..
Sehinggakan ada yang menangis kerana terlebih menyelami perasaan dan terharu dengan pengorbanan nenek moyang kita dahulu demi Malaysia..
Tapi ada juga yang masih tidak sedar dan berkata seperti:” ala rileks arr weyy,, korang ni kene psiko je ngan abang-abang fasi tu”..(sambil gelak)..
selain itu ada juga yang berkata: ” heee apela,, macam, tu pon boleh menangis ke?”..
Aku bukan apa,, kalau dah kita sedar sesuatu itu,, apa pun sanggup kita buat kan.. Tapi malang la bagi yang tak sedar-sedar lagi itu, sebab tak tahu la macam mana nak sedarkan mereka ni.
Aktiviti masa kem,, tak adalah lasak sangat, cuma adalah berlari 2km, ujian fizikal sedikit, ceramah serta LDK, dan akhir sekali ialah ujian bertulis..
Bagi pelajar yang akan belajar diluar negara, mereka wajib lepas ujian pada hari akhir tersebut..
Sebenarnya tak lah susah sangat,,tapi kepada sesiapa yang tidak memberi tumpuan semasa ceramah atau LDK, maka agak susahlah.. semuanya tentang pengetahuan am saja tentang Malaysia.. Come on la, dah seumur hidup duduk di Mlaysia pun tak kan tak tahu kan??
Tapi sebenarnya banyak juga yang aku baru tahu tentang Perlembagaan, pentadbiran Malaysia, politik dan lain-lain lagi..Sebelum ini tak pernah nak ambil tahu pun.hehe…
Masa kem yang aku sertai hari tu, peserta terdiri daripada Pre Russian (batch aku) yang mendominasi kem tersebut seramai 33 orang, pelajar Farmasi ke Ireland beberapa orang (lupa la berapa orang), pelajar Quantity surveyor ke Australia (6 orang kot), seorang pelajar ke US biasiswa Bank Negara.. keseluruhannya ialah 53 orang…
Itu sajalah yang dapat aku ceritakan kali ini..
Pesanan aku kepada mereka yang akan menyertai kem BTN, semoga anda semua enjoy lah..
Sangat menarik, dan hayatilah setiap aktiviti yang dijalankan….
dan lagi 1, pakaian(wajib) semasa kem BTN ialah baju putih@baju sekolah(masa kem aku, kawan-kawan aku ada la yang beli lengan panjang, dan tak ada pula kena marah walaupun dalam surat mengatakan kena lengan pendek.. Aku la rugi, dah terbeli lengan pendek kan. T_T).
Seluar kenalah berwarna gelap, kasut PVC(hitam).. Pakaian mestilah kemas sebab semuanya akan di nilai dan menyumbang markah untuk Pass.. (Harap-harap lah aku pass,, tak nak lah aku, tak boleh fly sebab tak lepas BTN kan..hehe)…
Aku adalah copy gambar dari kawan aku sebagai bukti aku da pergi kem BTN ini..
Sebenarnya sebarang alat elktronik tidak dibenarkan semasa 5 hari 4 malam kem ini..
Tapi hari last, mereka memberi semula barang-barang elktronik, sebab itu lah tak banyak gambar yang ada.. Minta maaflah yerr…


Jom kembali ke sekolah!! Ayuh!! hehe
Group 2,,( group aku lah).. detik-detik sebelum balik..

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!