Mari melancong ohoi!

Asrama yang semakin sunyi membuatkan hati ni cemburu melihatkan rakan-rakan yang berduyun-duyun keluar dari Moscow ni untuk merantau/melancong ke negara orang lain sempena cuti musim sejuk. Tambah-tambah pula baru saja lepas peperiksaan, memang memangkin semangat untuk keluar dari Russia ni. Tapi..tapi kenapa semangat aku tak melonjak seperti mereka? Aduh.

Musafir atau nama femesnya melancong bagi aku sangat penting sebab dapat membuka minda dan menambah pengalaman. Tak perlulah nak bagi pepatah sebab anda semua dah tahu pun akan kewujudan pepatah yang bersangkut paut dengan ‘pengalaman’ dan ‘perjalanan’. Rasulullah SAW sendiri bersabda “bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung”.

Untuk menyokong hadis diatas lagi, dalam Al-Quran juga banyak menyebut tentang musafir seperti:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada”. (Surah Al-Hajj, ayat 46)

Tapi apa guna melancong kalau tak dapat meningkatkan takwa dan iman kita. Jangan dek kerana melihat piramid di Mesir kita lupa akan ciptaan Allah lain yang lebih sempurna berbanding ciptaan manusia. Jangan disebabkan melihat menara Eiffel yang tinggi kita lupa akan langit Allah yang lebih tinggi. Jangan lupa akan kasih dan sayangnya Allah kepada kita pabila melihat suasana Paris yang romantik. Ini serius! Sebaliknya apa yang dilihat seharusnya dikaitkan dengan Allah dan kesyukuran kepadaNya.

(kredit)Bilalah agaknya dapat tengok menara ni depan mata? :(

Allah menciptakan bumi ni sangat luas untuk dijelajahi dan diambil pengajaran. Bagi aku, aku nak sangat tahu pandangan orang lain, terutamanya dari negara lain samada Islam atau bukan Islam tentang Islam. Dengan tragedi dan kes-kes yang banyak melibatkan Islam sekarang ni, perlu juga tahu pendapat orang lain dan kalau yang salah tu perlulah diberitahu yang betul dan yang betul tu perlulah diamalkan.

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-An’am, ayat 11)

Dalam bermusafir ni perlulah dielakkan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat. Manfaatkan setiap masa yang ada supaya tidak berada dalam kerugian. Jangan tinggalkan nilai-nilai Islam diamalkan di rumah saja, sebab orang bukan Islam sentiasa memerhatikan kita terutamanya semasa melancong. Pada masa yang sama boleh menarik dan menyentuh hati mereka-mereka ni akan keindahan Islam. Ahah.

Ingatlah yang doa orang bermusafir ni juga termasuk dalam doa yang mustajab. Untunglah anda yang bermusafir! (cemburu sikit aishh). Mungkin kali ni tak dapat nak bermusafir ke negara lain, tapi insyaAllah boleh bermula dengan tempat yang lebih dekat. Akhir sekali, perkara wajib, jangan lupa beli souvenir untuk aku! (^_^)V *aman

Wallahu’alam.

 

P/S: Semoga Allah melindungi kalian dimana pun berada…

 

 

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!