Moscow City Day 2011 (Pertunjukan 4D yang gempak)

Assalamualaikum,,
Ketemu lagi kita dalam entri kali ini. Merujuk kepada tajuk di atas *skema sikit, день города москва (Moscow City Day) disambut setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) minggu pertama bulan September. Sambutan ini ialah untuk menyambut dan memperingati sejarah pembukaan bandar Moscow sebagai ibu negara Russia. Jom tengok video pertunjukan 4D di bangunan Moscow State University (МГУ).

Gempak! rugi tak tengok.. ^^
Gempak tak video tu? aku tengok pun memang kagum lah. Sebenarnya aku tak tahu, ada pertunjukan macam itu, kalau tak dah lama aku pergi join. Aku tahu pun sebab masa aku telefon mak aku tadi, tiba-tiba je mak aku tanya ada sambutan apa di Moscow?. Aku pun terkejut juga lah, mana lah kan mak aku tahu pasal sambutan Hari Moscow ini. Rupa-rupanya masuk tv (tak tahu tv berapa). Lepas itu aku terus tengok You tube dan update blog nih.
Lama juga persediaan di buat untuk sambutan ini. Tak silap aku masa Hari Raya minggu lepas dah tutup dah Krasnaya Ploshad. Nasib baik lah kami sempat bergambar lepas sembahyang raya di embassy. Lepas itu kelam-kabut polis halau semua orang sebab nak tutup dah dataran tersebut. Banyak juga aktiviti yang dibuat sempena dengan sambutan ini antaranya, perarakan dan kawat kaki.
Bangunan Moscow State University yang di jadikan  latarbelakang  4D.
Krasnaya Ploshad (Red Square)
Tapak perarakan di kanan kami.


P/S: Trimas kepada mak aku sebab memberi idea untuk conteng di sini. ^^
Wassalam,,
aim high tackle low,,,

2 comments on “Moscow City Day 2011 (Pertunjukan 4D yang gempak)

  1. this is the best bro
    gila hebat

  2. @Nyamuk Terbang: tu la kann.. memang best. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!