Nawaitu…

Assalamualaikum

Ok bila idea untuk update blog tak datang, aku buka balik buku nota ‘circle of happiness’ untuk cari idea. Ahah dan seperti dijangka ada juga idea sudi masuk dalam kepala ni.Alhamdulillah.

Orang cakap niat itu penentu amal. Kalau amal kita besar contohnya nak sedekah banglo 12 bilik, 4 tingkat berserta kolam renang, sebiji kepada aku orang fakir miskin, nak bagi mercedes kepada pak cik yang kurang upaya dihujung kampung, nak bagi itu dan ini, tapi mungkin niat kita menjadikan semua itu kurang nilainya ataupun langsung tidak berharga dan memberi saham syurga kepada kita balik.Ehh?

Yep, ini kisah benar, kisah yang taktipuwacakapsamalu. Janganlah pura-pura terkejut beruk pula. Semestinya kalau niat kita hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, mengorat awek anak jiran sebelah, ataupun hanya sebagai kempen pilihanraya, sudah pastinya amal yang kita lakukan itu tidak bermakna. Maksudnya kita sedekah banglo, mercedes, dan lain-lain itu tidak diterima Allah.Huh.

Lebih baiklah kita sedekah bubur lambuk semangkuk tapi niat dengan ikhlas, menolong orang yang tidak berkemampuan. Ingat, sedekah itu tak semestinya barang yang bernilai tinggi, mahal dan sebagainya, tetapi cukuplah barang yang berharga buat kita. Dan lagi satu, sedekah yang afdhal ialah kepada ahli keluarganya sendiri.

Bubur lambuk yang sedap bersama bawang goreng kriuk2.. Slrrrpp.

Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.” (Hadith sahih riwayat Imam Ahmad)

Berbalik kepada isu niat tadi, niat itu memainkan peranan penting bagi setiap amalan. Boleh jadi amalan kecil menjadi besar nilainya, dan boleh jadi amalan besar menjadi kecil nilainya bergantung kepada niat. Kalau kita berniat benda yang baik pun dah dapat pahala, inikan pula melaksanakan apa yang kita niatkan itu. Jadi bagi sesiapa yang malas nak buat amal tu, bolehlah rajin-rajinkan berniat. Eh boleh pula macam tu?

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita. Untuk mendapat niat yang ikhlas kerana Allah itu perlunya latihan. Setiap kali yang kita lakukan perlulah disertakan dengan niat. Makan,tidur,belajar, mandi, dan lain-lain lagi. Bak kata orang putih ‘Practice makes perfect’. InsyaAllah selepas semuanya berniat kerana Allah, apa-apa yang kita lakukan, walaupun tidak berjaya dan tidak mendapat hasil yang diingini, kita pasti akan menerima dengan redha dan secara tidak langsung berserah segala-galanya kepada Allah(tawakkal).

Ohoi sedapnya aku bertazkirah kali ni. Padahal aku sendiri pun tak buat semua ni. Tak apalah, ini juga peringatan buat aku yang serba tidak sempurna ni. Sekurang-kurangnya dapat juga aku saham syurga dari entri ini. Apa lagi tunggu tu? Jom sama-sama mengubah niat kita dari mengharapkan benda bersifat keduniaan kepada mendapat keredhaan Allah.InsyaAllah.

Wassalam.

P/S:Kredit kepada Enchik Ustad naqib terbaik! (^_^)V

aim high tackle low,,,

3 comments on “Nawaitu…

  1. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
    besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

  2. salam…nice perkongsian…dtg follow cini :)

  3. terima kasih.. nice share,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!