Pabila suhu di Moscow mencecah paras beku

Assalamualaikum

Tak sangka tahun 2012 ni, musim sejuk cepat pula datangnya tanpa segan silu. Tak seperti tahun lepas dalam tengah bulan November baru suhu mula mencecah 0 celcius. Pengajaran untuk aku supaya rajin-rajin tengok wheather forecast, kalau silap pakai baju memang seksa satu hari di universiti. Err bukan silap pakai baju orang lain, pakai baju terbalik, atau pun sewaktu dengannya, silap pakai baju bermaksud pakai baju tidak mengikut suhu.

Macam semalam, tak sangka suhu 0 celcius boleh menjadi sejuk dek kerana angin bertiup walaupun sepoi-sepoi bahasa Russia je tapi berterusan. Memang silap tak bawa sarung tangan dan scarf sekali sebab masa balik dari uni, tramvai rosak pula. Kami terpaksa berjalan kaki 20 minit untuk ke stesen metro terdekat. Fuhh malang tidak berbau betul.

Tapi biasalah tu. Hidup di sini kalau tak merasa pengalaman menggigil kesejukan memang tak sah lah. Kali ini aku nak kongsi kelengkapan(pakaian) bagi aku penting terutamanya bila suhu mula menurun ke 0 dan negatif. Sesiapa yang teringin nak datang ke Russia ni, memang digalakkan untuk bersedia dengan kelengkapan-kelengkapan dibawah.

1)Sarung tangan

Sebiji macam aku punya. UK mari! Dalam 15 euro tak silap aku.

Sarung tangan ni memang paling penting sebab bagi aku, aku tak suka sentuh besi masa sejuk-sejuk ni. Memang macam kena elektrik terkejut sebab sejuk. Lagi satu, tangan sebenarnya paling cepat sejuk berbanding anggota lain, dan bila tangan dah kebas kesejukan memang kerja apa pun tak boleh buat. Nak keluarkan duit dari dompet pun tak boleh, nak sentuh S2 baca mesej tak boleh, dan lain-lain lagi. Jadi, nak senang, beli je sarung tangan yang tebal terus, nak main salji nanti bolehlah pakai sarung tangan yang sama yeayy..

Satu benda paling aku tak suka, bila dah sejuk, sampai di kelas, buka buku nak salin nota, Allah, tangan bergerak lambat je sebab sejuk tak hilang. Kena tunggu  15-20 minit baru rasa balik kehangatan darah, dan masa tu dah terlambat sebab ketinggalan jauh kalau nak salin nota pun. Bila dah ketinggalan tu, mulalah tak ada mood nak menyalin. Akhirnya buka S2 layan FB jela. Hehe(Jangan tiru aksi ini dalam kelas)

2)Beanie atau snow hat

Aku ada dua stok beanie nih..

Beanie ni penting juga untuk tutup telinga masa berjalan diluar dan mengelakkan dari kekebasan. Aku pernah rasa telinga kebas, tapi tak tahu nak terang macam mana.Jika terlalu sejuk, kepala pun boleh sakit kalau tak pakai snow hat/beanie ni. Bagi aku, ada lagi 1 kegunaan snow hat ni iaitu bila nak tidur dalam kelas.Haha. Tutup sekali dengan mata, perhhh memang sedap tidur dalam kedinginan musim sejuk.

3) Scarf/selendang

Dalam wishlist ni.Nak suruh Encik Abang belikan.. Ehem..

Scarf/selendang ni berfungsi menutup kaki. Bila kaki terasa sejuk, lilitkan saja dua belah sampai tak boleh jalan.Eh? Sudah tentu untuk dililit dileher. Kalau tak pakai benda ni, sejam nak ke uni, sejamlah berdiri tegak bulu tengkuk. Bukan sebab ada hantu, tapi sebab kesejukan.

Kesimpulannya, berpeluh lebih baik dari menggigil kesejukan. Biarlah pakai baju tebal-tebal sikit untuk mengelakkan diri dari jatuh sakit. Orang Russia ni, kalau tengok kita pakai baju nipis-nipis, siaplah, mesti kena bebel terutamanya mak cik-mak cik. Mereka ni jenis yang prihatin, jadi kadang-kadang tersentuh juga la dengan sikap mereka ni.

Pabila musim sejuk dah tiba, mulalah nak rindu kehangatan cuaca di Malaysia, disinari cahaya matahari, main di padang petang-petang, jalan-jalan yang tidak memerlukan pakai pakaian tebal-tebal walaupun hanya ingin keluar selangkah dari asrama ni.Wuuuuu T_T .Sekian,

Wassalam.
P/S: Semangat nak ke training semakin pudar, lemau, hilang ditiup angin..Fuuhhhhh.

aim high tackle low,,,

 

4 comments on “Pabila suhu di Moscow mencecah paras beku

  1. kat jb pon tgh sejuk. sebab tiap2 hati hujan. agak2 boleh tak nak merasa pakai mender kat atas tu kikikih.

  2. @Azlina bt. Azis:Haha..boleh2 cume kena buat muka tebal sikit la kalau orang duk pandang gelak2 kat kita.. :P

  3. sejuk sangat tu…
    bestnya belajar/kerja kat obersea…

  4. Kat Johor ni musim hujan…agak2nya sama tak sejuknya dgn kat Moscow tu…bole la pakai pakai benda2 di atas tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!