Pak cik unta yang osem

Ohoi bertemu kembali kita diblog yang tak berapa nak cantik nih. Ehem. Sedang aku melayari internet  beberapa hari yang lepas, terjumpa sepotong ayat yang memangkin semangat nak kongsi disini bersama anda semua. Yang dah tahu tu bolehlah buat-buat tak tahu sekarang. OK sekarang!


“Apakah mereka tidak melihat (dan memperhatikan) kejadian unta bagaimana terjadinya sedemikian rupa?”(Alghasyiyah,88:17)
Yes, may i help you?

Lepas baca ayat ni, timbul tanda tanya apa yang istimewanya unta ni setakat berbonggol tambah pula Cik Angel lagi comel nak banding dengan pak cik unta ni. Dan lepas buat kajian mendalam, bedah beberapa ekor unta yang dibuat korban raya lepas, diambil sampel darah, cek DNA, ukur ketebalan bulu dan beberapa eksperimen lagi, terbukti memang mereka sangat ohsem.

Kenapa mereka ini osem?

1)Unta mampu menahan lapar dan dahaga selama 8 hari. Anda mampu? Tambah pula dengan suhu 55 darjah di padang pasir yang susah nak cari air dan makanan. Sebab itulah unta ini menjadi tunggangan yang popular di padang pasir sekaligus menjadi duta bagi gurun-gurun dan padang pasir. Betullah kan duta? Bila sebut padang pasir mesti ingat unta. Ada ke yang ingat ikan paus? Atau  Cik Angel mungkin?Hehe

Pak cik unta juga mampu minum air 130 liter dengan satu teguk sahaja.Wow. (Telan air liur) Dan semua tahu yang bonggol dibelakang badan mereka berfungsi untuk menyimpan makanan, air dan kurang lebih 40 kg lemak sebagai sumber tenaga.

2)Makanan. Kalau difikirkan, makanan apa yang ada di padang pasir untuk pak cik unta ni. Yang ada semuanya kaktus, pokok yang kering dan berduri. Tapi macam mana unta-unta makan? Tak sakit ke mulut? Tak bocor ke perut makan duri? Tak….? Tak….? Eh sabar-sabar. Anda semua jangan risau sebab sistem penghadaman pak cik unta sememangnya dicipta khas untuk masalah ni. Osem bukan?

lapar sangat..

3)Apabila ribut pasir datang bagaimana pak cik unta melihat? Pasir masuk hidung tersumbat paru-paru tak? Jawapannya, mata unta mempunyai dua lapisan kelopak mata. Satu kelopak yang luar dan satu yang dalam. Kelopak mata yang dalam ini ialah lapisan yang lutsinar. Maksudnya mereka mampu melihat dengan mata yang tertutup. Aaaapaaa!!! Biar betul! Dah aku cakap mereka ni memang Osem. Hidung mereka dicipta boleh ditutup dari bawah hidung. Ini dapat mengelakkan pasir masuk kedalam saluran pernafasan.
Tak cukup osem lagi ke?

4)Tapak kaki pak cik unta yang melebar menghalang daripada mereka tenggelam dalam pasir semasa berjalan. Kaki mereka yang panjang juga berguna dalam memastikan badan mereka jauh dari permukaan padang pasir yang panas. Manakala badan mereka dibaluti dengan bulu yang tebal untuk mengatasi kepanasan waktu siang dan kesejukan waktu malam di padang pasir.

Lebih Osem lagi apabila sebahagian daripada badan mereka dibaluti dengan kulit yang lebih tebal berbanding bahagian badan yang lain. Sebab apa? Sebab apabila mereka duduk, kulit-kulit yang tebal ini melindungi bahagian badan dan kaki mereka yang terkena permukaan pasir yang panas. Subhanallah. Sungguh sempurna ciptaan Allah.

duduk menghayati pemandangan..

Kesimpulannya, dengan hasil kajian aku yang tak seberapa ni, memang kena tepat dengan maksud ayat Al-Quran diatas. Cuma kita sahaja yang malas mengkaji dan mungkin teknologi yang manusia ada sekarang ini tidak mampu lagi untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah secara terperinci. Semuanya terserah kepada kita untuk percaya atau tidak.

“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Ar Ra’d,13 : 3)
Wassalam


aim high tackle low,,,

2 comments on “Pak cik unta yang osem

  1. Ya Allah..hebat ciptaan Allah..Subhanallah

  2. unta ada ketahanan yang tinggi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!