Pembikinan filem pendek

Aku dah lama teringin nak buat entri pasal filem pendek ni tapi tak berkesempatan disamping aku sendiri masih noob dalam bidang ni. Tapi InsyaAllah overtime aku akan cerita apa yang sudah aku belajar mengenai pembikinan filem atau movie ni.

Kenapa tiba-tiba nak buat filem ni? kamu belajar engineering kan? Orang hantar sana suruh belajar kapal terbang kan? Bla bla bla…

green screen

green screen

Errr errr rileks der!

Sebenarnya, tujuan aku sendiri belajar seciput ilmu tentang editing,shooting movie ni tak lain tak bukan untuk mengembangkan skil dan bakat diri. Tambahan pula apa yang aku nampak ialah sifat industri perfileman tempatan yang semakin menjadi-jadi! Eh tapi bukan menjadi hebat, sebaliknya semakin kurang berkualiti. Kualiti yang disebut disini ialah dari segi mesej. Boleh dikatakan majoriti filem dan drama melayu semua bertemakan cinta yang boleh nampak jelas dari tajuknya sebagai contoh ongbak rindu, Playboy itu bukan suami aku , rindu awak -2juta percent dan lain-lain. Haih itu tak termasuk lagi movie atau drama korea lagi yang semakin panas sekarang ni. Sarangheyo! Eh

Nak tak nak, filem atau drama yang dihasilkan pasti sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda rakyat malaysia yang sejak dari kecil hisap susu botol menonton sehinggakan ramai yang upload utube, insta, vine video-video anak-anak kecil comel menari sambil menyanyikan lagu-lagu jiwang karat. Tak dinafikan mereka memang tersangatlah comel(ada rasa jeles sikit) tapi Kita harus sedar mereka ini kalau tidak dididik sejak kecil dengan perkara yang berfaedah, kemungkinan besar perkara yang tidak berfaedah itu akan menjadi kebiasaan dan dibawa sampai ke tua. Nauzubillah!

Jadi, dengan kesimpulan yang aku buat hasil dari pemerhatian beberapa tahun terhadap industri perfileman di Malaysia, harus ada 1 kuasa untuk membetulkan corak yang sekian lama semakin tersasar ini. Dan bagi aku, terdapat beberapa kumpulan atau produksi yang sudah pun sedar akan hal ini seperti bro Rewan Ishak, Hamasah As-Syabab, Mr The All Shared, dan lain-lain lagi. InsyaAllah, setakat ini, movie pendek yang mereka hasilkan mempunyai mesej yang tersendiri dan mendalam walaupun movie itu betul-betul pendek(Dalam 1 minit). Tak percaya? Boleh tengok sendiri disini!

 

Cukup setakat itu aku membebel, berbalik kepada tujuan entri aku hari ni. Aku akan senaraikan beberapa sumber yang boleh dijadikan panduan untuk belajar tentang pembikinan filem, dari asas sampai lah perkara-perkara yang perlu untuk professional, dari alat dan gadget yang diperlukan sampailah tugas ahli-ahli krew. Semoga bermanfaat!

HAS Filmmaking Academy

-HASFA ini ialah 1 projek dibawah Hamasah As-Syabab kalau tak silap. InsyaAllah pemuda-pemuda yang kreatif yang akan menerajui industri perfileman tanahair satu hari nanti.

 

Film Riot

-Produksi film riot ni memang produksi yang professional. Mereka mempunyai online store sendiri menjual pelbagai video effects dan audio effects.

 

Jadi aku bagi 2 sahaja sumber untuk kali ini. InsyaAllah, aku akan bagi lagi beberapa sumber dalam entri lain.. Kalau semua aku nak sumbat sini, habis la tak ada idea nak update blog. Ye dok? Sekian..

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

4 comments on “Pembikinan filem pendek

  1. bagi aku menatang ni meletihkan aku…tu yang aku tak pergi ke area tu..member aku je minat bab-bab video ni..skang kat TV3 dah..ohohoh
    Entri Terbaru reezluv >>> Mulakan Simpanan Si HijauMy Profile

  2. kalau rajin dan ada minat, memang bagus.

    Masalahnya..memang susah dah nak involve.

    Dah tak larat sangat ni.

    But, its great work.
    Entri Terbaru titan >>> Bonus dan Duit BRIM sudah dapat.My Profile

  3. wahhh..menarik….!!
    kalau lah saya boleh join belajar ni..hehehehe..

    dan.. ya, kita perlukan pembikin filem2 (panjang atau pendek) yang berkualiti dan lain dan yang lain… :)
    Entri Terbaru DRAMATIC UNIQ >>> Pembunuh Paling Sweet Di Dunia….!!My Profile

  4. letih menunggu sebab nak render video tu yang lama.
    Entri Terbaru Dr Fattah >>> Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

Leave a Reply to Dr Fattah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,130 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!