Pingat ragbi pertamaku

Assalamualaikum,,

Satu lagi hujung minggu yang penat bagi aku. Sebab setiap hujung minggu aku ada tournament ragbi di Russia ini. Main dengan pasukan universiti aku (MAI). Tapi tadi merupakan hari yang ditunggu-tunggu sebab tadi perlawanan akhir antara pasukan aku dengan universiti mana entah. Aku tak pernah dengar lah nama universiti itu, entah dari ceruk Russia mana datangnya. Tournament ragbi yang aku masuk ini sebenarnya setaraf dengan peringkat Kebangsaan la kalau di Malaysia. Maksudnya semua universiti di Russia masuk dan kami berjaya ke peringkat final. Hebat lah kiranya itu kan? ^^

Jersi aku

Sebenarnya aku pun tak tahu yang aku masuk ini peringkat kebangsaan. Yalah kan, aku baru je 3 minggu main untuk pasukan MAI, budak Russia cakap pun kadang-kadang aku tak faham. Minggu lepas je aku dah tinggal 2 perlawanan sebab aku ingat masa kawan russia aku telefon, dia cakap macam latihan petang biasa je. Jadi aku pun tak pergi lah. Bila pergi latihan hari Jumaat lepas, smapai-sampai je terus kena marah dengan jurulatih. Dia terangkan dekat aku yang tournament ini bukan calang-calang, sebenarnya peringkat seluruh Russia. Lepas itu baru aku ternganga. Rugi tak datang perlawanan hari sebelum itu. Tapi nasib baik lah menang.

Tadi aku pergi dengan kawan aku(budak Russia,Yura nama dia) dan ayahnya naik kereta. Tak sangka lah pula yang ayah dia itu orang besar dalam kelab ragbi Moscow dan bekas pemain Russia. Kira dia macam orang besar la dalam ragbi Russia. Tambah pula, kami bakal main dalam stadium kelab ayah dia. Sampai je kami di stadium, ayah Yura tunjukkan aku muzium ragbi yang ada dalam stadium itu. Masuk-masuk je ternganga mulut aku. Apa ada dalam muzium itu korang rasa? Tadaaaaaaaaaaa

Koleksi tali leher(Tie) dari pelbagai jenis kelab ragbi di seluruh dunia. Banyak lagi tie aku tak sempat ambil gambar..

Memang aku respek la. Semua jenis tie dari hampir setiap kelab di seluruh dunia menjadi koleksi dipamerkan dalam muzium yang tak sebesar mana itu. Ayah Yura cakap yang dia pernah juga main di Malaysia tapi tak jumpa tie dari kelab ragbi Malaysia sebab banyak sangat. Hampir seribu lebih aku rasa. All Blacks ada, Wallabies ada, Springboks ada dan banyak lagi pasukan terkenal. OMG!!! Aku tak terkata lah masa dalam mini muzium itu.

Pada pukul 4 petang, perlawanan pun bermula. Pihak lawan sangat kuat, dah lah badan besar-besar semuanya. Kalau lepas kat aku, memang aku peluk jelah. Tapi ternyata memang pasukan aku banyak kekurangan lagi. Kami kalah 40 berbalas 12 mata. Dan hasilnya, Alhamdulillah pingat ragbi aku yang  pertama di bumi sejuk ini(Russia) walaupun sekadar tempat kedua je.Di sini memang betul sejuk. Aku main tadi pun tangan tak boleh nak gerak. Beku.Suhu ada lah  dalam 10 C. 

Padang perlawanan final
Kelab Ragbi Slava
Bola ragbi besi?


Masa bersalaman dengan jurulatih tadi, beliau ada cakap, “Ini merupakan pingat pertama 
kamu, tapi harap-harap bukan lah yang terakhir”. Aishh ayat-ayat itu menambah semangat 
aku lagi nak main walaupun tempat latihan kami 90 minit dari asrama aku. Jauh gila stadium itu. 
Tak apalah. Ramai juga kawan-kawan aku yang bagi semangat kat aku supaya terus main. 
Banyak kelebihan nya, antaranya dapat memperbaiki bahasa Russia aku masa sembang-
sembang dengan teammate aku. Kedua, dapat menimba pengalaman. Yalah main dengan 
mamat-mamat Russia. Dan macam-macam lagi.


Ok lah.Sampai sini je lah. Nak berehat pula sebab esok ada kelas awal pagi. Malas pun ada 
nak pergi kelas esok. Astaghfirullah, fuh fuh, pergi jauh-jauh semua syaiton-syaiton yang 
menghasut!!


Eh lupe pula nak tunjuk gambar pingat hehe. 


No. 2 @ Naib johan je
Beruang kutub main ragbi




Wassalam,,





P/S: Minta maaf sebab gambar tak berapa nak lawa. Pakai kamera handset je. Aku rasa kena beli kamera 
satu lah yang kecik punya. Senang dibawa ke mana-mana kan? hehe






aim high tackle low,,,  

2 comments on “Pingat ragbi pertamaku

  1. waaa best ni ! tahniah, buat yang terbaik, timba pengalaman banyak2 supaya boleh share ngan kami :)

  2. @Nurfarahana Abdul Aziz: hehe.. mekasey.. InsyAllah nanti sy share lg.. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!