Rugby European Nations Cup 2012: Russia vs Spain

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik ehh.. sudah pertengahan bulan 6. Exam pun sudah hampir habis. Hampir.. InsyaAllah dalam lebih kurang sebulan lagi, bakal menjejakkan kaki di bumi Malaysia dimana suhu setiap hari 30 darjah ke atas. Sekarang pun di bumi Soviet ini dalam fasa memasuki musim panas dengan suhu 20 lebih.Yup positif. Walaupun baru 20 lebih , sudah terasa kepanasan dan tak dapat bayangkan keadaan di Malaysia nanti dimana rata-rata sahabat mengadu seperti ulat beluncas kepanasan erkk..

Update kali ini nak cerita pengalaman menonton perlawanan ragbi secara LIVE di Moscow ini antara pasukan Spain menentang Russia dalam Nations Cup 2012 sebulan yang lepas. Sebulan lepas?? hehe Janganlah anda semua buat muka terkejut sebegitu. Bisnesman memang sibuk macam ni..ehem..

Memang tak sangka dapat peluang sebegini melihat pasukan international berentap di padang. Sedangkan di Malaysia pun susah nak pergi dek kerana masalah-masalah yang datang.Stadium dimana perlawanan diadakan taklah berapa jauh dari hostel terletak ditengah-tengah bandar Moscow iaitu stadium Slava(Слава). Tiket pon tak mahal, dalam RM12 sahaja. Dengan bantuan coach, akhirnya tiket dapat dibeli awal. Terima kasih Encik Coach!

Jadi, apa lagi, anda-anda semua dijemput melihat gambar yang sempat di ambil.

Tiket
Padang yang cantik. Pernah jugak main disini dalam perlawan liga  antara universiti di Russia tahun lepas. Bangga sikit.. ^^
Spain
Russia..Badan duakaliganda aku..perghh2..
Kick off
First scrum
keterujaan sikit disitu..

Walaupun hujan renyai-renyai turun tetap tidak mematahkan semangat penonton menyokong. Aku rasa aku sorang je yang sokong spain dan seluruh stadium menyokong Russia. Nasib baik tak kena belasah dengan penyokong fanatik. Takut pun ada dengar bunyi pemain-pemain merempuh(hit) masa main. Kalau aku yang kena mahu terpelanting 100 meter. Memang suspek la.

Keputusan keseluruhan berakhir dengan (sobs sobs sedih sikit) Russia menang dengan 41-37. Walaupun Russia mendahului pada separuh masa pertama, namun separuh masa kedua Spain mengejar kembali(come back yang penuh bergaya). Nasib je Russia menang tu.. :p

Itu sahaja untuk kali ini. ops lupa pula, kalau nak tengok game ni dalam youtube boleh tekan sini European Nations cup 2012:Russia vs Spain. Ada nampak muka aku tak? (^.^)V

Wassalam,,,

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!