Rugby World Cup datang lagi!!!

Assalamualaikum,,

Setelah sekian lama bercuti, akhirnya aku menggagahkan diri, mengangkat tangan dan menumpukan tenaga aku kepada jari-jari aku untuk menaip dan menconteng di blog ini tambah-tambah pula esok akan berlangsung satu acara yang ditunggu-tunggu selama 4 tahun. Aku sangat teruja almaklum lah sebagai peminat tegar sukan ragbi dan kepada peminat-peminat ragbi diluar sana marilah kita sama-sama menyokong Wallabies(Australia) *promote kejap.

World cup rugby edisi 2007 telah dimenangi oleh Springbok(South Africa) tapi mungkinkah tahun ini mereka akan menang lagi? Sama-samalah kita tunggu. Jadual semua aku dah download dah di sini. Kalau sempat lepas kelas boleh lah tengok kalau tak sempat, tengok you tube jelah. Antara pemain-pemain yang menjadi tumpuan aku dalam pasukan wallabies ialah Quade cooper, O connor dan Genia. Prestasi mereka setakat ini memang cemerlang dan mereka menjadi tunggak utama dalam menjadi juara Tri Nations baru-baru ini. Kepada mereka, janganlah menghampakan peminat-peminat Wallabies.

Untuk menambahkan feel world cup ini, aku pun dah mula main ragbi dengan orang Rusia di sini Rabu lepas. Aku terasa yang aku ini sangat lah kecik (baru nak terasa). Apa-apa pun, saiz bukanlah penentu segalanya. Yang penting ialah akal dan hati. Dah lama tak main menyebabkan aku muntah-muntah tepi padang. Mungkin juga disebabkan aku tak makan tengahari. Pertama kali juga aku rasa kejang kaki dua-dua belah masa main. Memang jatuh tersembam lah tapi nasib baik padang carpet. Sedap gila main atas padang itu.

Esok aku ada lagi training ragbi. Berbelah bagi juga lah nak pergi sebab esok merupakan perlawanan pembukaan antara All Blacks dengan Tongga. Tapi tak apalah, nanti kita akan berjumpa di final wahai All Blacks.

Wallabies, Champion of Tri Nations and coming soon, Champion of Rugby World Cup 2011. ^^

P/S:Siapa yang sokong wallabies jom buat DP facebook macam aku.. ^^ ———————->

Wassalam,,
aim high tackle low,,,

3 comments on “Rugby World Cup datang lagi!!!

  1. ohohhh..rugby !

  2. wahh minat rugby yer.. happy blogging.. jom terjah belog kita plak :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!