Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum,,Hari ini merupakan tanggal 16 Mei yang terkenal sebagai hari untuk meraikan semua insan-insan yang pernah mengajar apa-apa ilmu kepada orang lain(umum nya) dan khasnya tentulah orang yang bergelar guru..
Bagi aku, seorang guru mestilah mempuyai sikap yang dapat dicontohi oleh orang lain, terutamanya murid-murid. Setiap tindak-tanduk, serta perkataan yang dikeluarkan dari mulut seorang guru, mestilah tepat dan benar. Sebab murid-murid akan meniru segala perlakuan dan perkataan yang dibuat oleh guru mereka..

Nak diceritakan tentang guru,, memang lah banyak kan.. Tapi setiap orang mesti ada (minimum) seorang guru yang diminati dari segi gaya, penampilan,sikap, dan sebagainya..
Aku ada lah beberapa orang cikgu feveret(kesukaan) tapi bukanlah maksud SUKA dari segi lain ek.. Maksudnya suka, yang aku anggap macam ayah kedua la, masa kat sekolah dulu..
Guru yang menrima anugerah guru terbaik bagi aku untuk edisi kali ini ialah Cikgu Kamil Shohaimi.. Kami(budak-budak ragbi) panggil beliau Cik Kam je..hehe.
Beliau ini merupakan coach@pengurus@ayah kepada team ragbi kat SEMESTI dulu..
Aku pertama kali jumpa beliau masa pendaftaran, mula-mula masuk Tingkatan satu di Koperasi SEMESTI..
Aku ingat lagi, masa itu abang angkat aku bawa aku pergi koperasi sebab nak ambil barang-barang keperluan lah kan.. Orang lain depan koperasi semua kena beratur panjang, tapi abang angkat aku terus bawa aku masuk dalam koperasi, jumpa Cik Kam. Memandang kan beliau bertugas untuk mengagihkan barang-barang keperluan asrama, abang angkat aku terus jumpa beliau dan cakap ” yang ni budak ragbi cikgu”.. Aku pun diberi semua barang-barang, dan dapat menjimatkan masa lah.. Untung lah kan..hehe..
Beliau ini sangat lah sempoi.. mengajar pun banyak buat lawak.. Ambil berat tentang kebajikan team ragbi, dan beliau agak rapat lah dengan aku.. Bagi aku, kalau beliau tiada kat Semesti, memang tak hiduplah team ragbi.. Sebab Cikgu-cikgu lain semua tak kisah ngan team ragbi, malah ada yang tak suka, sebab anggap kami ini budak jahat.. So tempat mengadu yang ada hanyalah Cik Kam..
Beliau selalu lepak di bilik seni, sebab beliau megajar seni dan B. Melayu.. Lagi satu, bilik seni itu memang port(tempat) untuk beliau merokok dengan geng-geng cikgu yang lain. Tambahan pula, bilik seni tu blog ketiga, bahagian hujung belakang.. memang terpencil lah kan..
Kadang-kadang, ada pelajar yang rapat dengan beliau, join sekali merokok kat dalam bilik itu..
Terbuktilah ke’sempoi’annya..
Aku ingat lagi, beliau selalu ajak budak-budak ragbi lepak di bilik seni, sebab ada tayangan game ragbi (yang entah abad bila punya) hehe.. Guna tape player(bukan yang guna CD player).. Boleh agak lah kan ke’antik’kan game tersebut.. Beliau ini tak lah pandai sangat tentang permainan mahupun ‘law’ ragbi.. Tapi boleh nampak lah, beliau cuba sedaya upaya memahami ragbi, demi memajukan dan menjaga kami..Apa-apapun, team Ragbi SEMESTI pada masa tersebut memang ada nama lah dalam Perak kan.. tak sia-sialah, tanpa coach dan kelengkapan yang seperti jersi, short,bola, yang bagus, team tetap maju dengan usaha beliau..
Tapi masa aku form3 sebelum PMR,, beliau ditukarkan ke sekolah lain…Aku ingat lagi, masa upacara Restu Ilmu, beliau suruh aku belajar elok-elok, dan dapatkan keputusan bagus dalam PMR.. Kami memang agak sedih atas petukaran beliau.. Siapalah yang akan menjaga kami selepas itu.. Sehari sebelum Beliau keluar, beliau sempat memberi aku sehelai jersi SBP10 warna hijau yang aku masih simpan sekarang dalam loker..
Selepas itu, kami jarang berjumpa beliau. Kalau jumpa pun, masa ada pertandingan ragbi je lah..
Tapi masa aku form5, ada jumpa beliau jadi penjaga garisan untuk kejohanan ragbi MSSPK..
Wahh,, dah maju..hehe.. dah jadi touchjudge kot..
Kami sempat lepak-lepak di rumah beliau, sebab ada sedikit jamuan.. Masa kajohanan tersebut, beliau sebenarnya bawah pasukan Daerah Perak Tengah, tapi, masa kami lawan team Perak Tengah, beliau menyokong kami.. aku tersentuh gak lah.. :p
Sebelum balik, beliau sempat cakap gudlak untuk SPM dan hulurkan aku duit, sebab aku ada suruh beliau belanja baju ragbi kot(dah lupa).. hehe.. tak sangka, ingat lagi beliau..
Aku rasa, Cik Kam, merupakan cikgu yang paling baik aku jumpa..
Semoga beliau akan terus berjaya di dunia dan akhirat..
Sampai sekarang aku try contact, tapi tak jumpa lagi.. Aku harap sempatlah aku contact beliau sebelum Fly, InsyaAllah..

Selamat Hari Guru untuk Cikgu Kamil dan semua guru-guru di Malaysia!!!!


Cikgu Kamil semasa di MSSM ragbi di Johor..


ke hulu dan hilir menjadi coach, pengurus dan fisio untuk team kami..

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!