Setahun berlalu………

Assalamualaikum,,Setelah setahun belajar, akhirnya dah habis la semua tajuk-tajuk bagi subjek fizik dan math. Memang sejak mula sem3 ini sangat memeritkan bagi kami. Lecturer semua berlumba nak habiskan tajuk.
Sampaikan terpaksa buat kelas tambahan Sabtu dan ahad. Bayangkanlah, sehari je boleh habis 3 bab skali.
Memang kelam kabut lah, padahal, satu apa pun tak paham. Bab yang susah pula itu. Sejak sem3 ini memang aku banyak tak faham lah. bab elektrik, light, dan atom.
Sudahlah nota semua dalam bahasa rusia, memang terbeliak la mata memandang notanya, melopong jela mulut,sambil lecturer cakap seorang-seorang di depan. itu pun kira Ok lah lagi kan, daripada mata terpejam je, tidur masa lecture.

Semalam pun belajar fizik dari pagi sampai lah pukul 6 petang. Sangat menyeksakan.
Sepatutnya pukul 5 dah ada kelas lain nak pakai Theatrette 1(dewan kuliah), macam biasalah, dengan ketegasan lecturer Rusia kami(Svetlana), memang tak ada peluang la lecturer lain nak pakai teatrete itu.
Dalam hati, dah suka dah bila ada lecturer cakap mereka nak guna teatrette tersebut.
Setiap kali pintu dewan di buka, semua memandang dengan penuh harapan, mengharapkan penyelamat yang boleh menamatkan kekejaman Svetlana daripada menyambung kuliah sampai ke malam.
Namun harapan tinggal harapan je lah kan. Setakat ini tiada siapa lagi yang dapat gelaran penyelamat tersebut.
Tapi mimpi ngeri selama setahun ini, telah pun berakhir(harap-haraplah). Svetlana asyik cakap yang kami pasti akan merindui saat-saat berada di MIAT(Malaysia), dan masa kat airport nanti mesti menangis.hehe.. yela kot(bagi budak perempuan ada kemungkinan lah).
Aku faham, beliau sebenarnya nak mengajar kami tentang macam mana life di Russia nanti. Dan aku mengambil semua keperitan itu sebagai cabaran.
Lepas ini, yang tinggal hanyalah ulangkaji pelajaran sebagai persediaan final exam pada minggu pertama bulan 6 serta beberapa ujian yang belum ambil lagi.
Minggu depan juga, nak buat VISA, Medical check up, banyak benda lagi nak di uruskan.
Masa-masa ini memang tengah menghayati saat-saat terakhir di sini(MIAT@Malaysia).
Kalau difikirkan balik, memang sekejap je kursus persediaan ini. Semua hanya tinggal kenangan jela.
Tapi bukan aku seorang je yang rasa, kawan-kawan yang lain pun sama juga. Minggu lepas memang ramai yang dah dapat keputusan final exam, samada di matrik atau tempat-tempat persediaan yang lain. Tahniah lah kepada yang berjaya. Memang ramai kawan aku yang dapat 4 rata(flat). Semoga kejayaan menjadi milik kalian lagi pada masa-masa yang akan datang.
Mereka dah dapat keputusan exam, sedangkan kami di sini baru nak exam, tak tahu lagi dapat fly ke tak. Harap-harap tiada masalah dalam exam nanti. Amin.
Bagi adik-adik yang dapat biasiswa mara, jpa dan lain-lain lagi,yang keputusannya baru saja keluar minggu lepas, tahniah lah. Bersungguh-sungguh lah belajar. Ingatlah bahawa duit biasiswa tersebut merupakan duit rakyat. Jangan terkejutlah kalau anda pergi gerai-gerai tepi jalan, tiba-tiba kena marah dengan mak cik jual goreng pisang sebab belajar main-main.

Mak cik: Hang ni pasai apa belajaq men-men ja. Penat aku dok bayaq cukai apa semua, hang dok baziaq lagu tu ja. Hang tak tau tiap ari aku bedighi duk tunggu pelanggan yang tak sebeghapa nek kematu tumit aku nih. Hang bek balik skola, belajaq elok-elok. kalau tak bak mai duit aku balik.

Ye la kan. Duit mak cik itu pun sebahagian daripada biasiswa yang kita dapat itu. mereka berhak nak marah kita. Jadi fikirlah baik-baik.Setakat ini menurut En. Bassit(lecturer yang bertugas atas program Pre Russian) tiada lagi khabar berita mengenai junior-junior batch7 Pre Russian. MARA dah tak hantar ke Russia dah ke? Aku pun tak tahu. Mungkin ada, mungkin tak ada dah. Kalau ada yang dapat offer Pre Russian, terbaca post ini, sila lah komen kat bawah ye, Nak tahu juga kan kebenaran berita tentang program Russia ini dah di berhentikan.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara(tak ada kena-mengena pun, sekadar suka-suka)..

Wassalam..

aim high tackle low…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,242 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!