Snowboarding versi Krylatskoe

Seawal 10 pagi, Bergerak ke stesen metro Planernaya untuk mencuba nasib ber’snowboarding’. Alhamdulillah, aktiviti yang telah lama dirancang akhirnya terlaksana juga. Orang cakap, alang-alang duduk Moscow, wajiblah ber’snowboarding’. Eheh

Jadi pada 10/2/2013 yang lepas aku bersama 2 orang jurulatih yang mana seorang daripada mereka didatangkan khas dari St Petersburg, Russia semata-mata untuk mengajar aku main benda ni bergerak ke kawasan yang ditarget dengan kesejukan yang dikira suam-suam kuku(-5). Terima kasih Inchik Jurulatih@Salman dan tak lupa seorang lagi jurulatih sememangnya terkenal di Moscow iaitu Inchik Ali. Tanpa mereka siapalah aku.Hehe

Mula-mula terfikir juga, mesti bosan gila main snowboard ni, dan pelik, macam manalah rakan-rakan di Moscow ni sanggup beli board yang mahal-mahal semata-mata untuk main bila tiba musim sejuk di Moscow ni. Serius mahal dan kalau ditambah dengan kelengkapan seperti baju dan kasut, tidak kurang RM1000  terpaksa dihabiskan. Tapi bila dah cuba, macam berbaloi juga lah memiliki board sendiri sebab memang best! Namun angan-angan tersebut yang terpaksa dilupakan akibat kekurangan duit..hehe

Bukit yang menjadi sasaran kami kali ni, terletak tak jauh daripada hostel kami berdekatan dengan stesen metro Krylatskoe ataupun metro Oktyabrskoe pole(kurang lebih 20 minit). Cuaca pagi itu berangin disertai dengan gerimis salji(err ada ke?). Tapi ia tak menghalang aku dan jurulatih-jurulatih memaksa diri ke tempat yang dirancang. Malam sebelum tu, semua barang-barang telah disiapkan seperti board, kasut,baju dan seluar yang semuanya dipinjam dari senior-senior. Almaklumlah, orang miskin tambah pula beginner. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

snowboarding

senjata pinjam…

 

snowboarding

Inchik-inchik jurulatih dari asrama..

Setelah sampainya di bukit tersebut, perasaan teruja serta tak sabar membuatkan aku mengikut jurulatih-jurulatih dua orang tadi tu. Dan kesalahan pertama ialah bila orang tak sedar diri(beginner) ikut jurulatih tahap super saiya, memang tergolek dari puncak bukit la. Lepas tu barulah sedar diri dan mula belajar dari bawah bukit saja. Bila dah pandai main brek-brek barulah ada keberanian nak main di cerun bukit yang lebih tinggi, itupun berjuta kali jugaklah jatuh. Kalau jatuh saja memang boleh tahan lagi, ni jatuh siap tergolek, terbang sana sini, terlipat kaki, tangan, kepala(ehh?) dan lain-lain anggota rasanya tak perlu ditulis disini.

Orang ramai..Err ramai la tu..Luas lagi bukit ni sampai nuuunnn hujung sana..

 

snowboarding

kaki bukit…

Malu. Malu juga sebenarnya bila tengok budak 5-6 tahun rileks je meluncur pejam mata(ok tipu) lalu sebelah aku. Untunglah dari kecik dah tahu snowboarding samalah macam ice skating dulu aku pergi. Ada juga jurulatih-jurulatih yang ambil upah ajar anak-anak orang kat bukit tu. Bila dah petang sikit memang penuh la dengan budak-budak. Aku bukan apa, cuma takut langgar je budak-budak tu, silap haribulan masuk hospital juga. Jadi keseronokan dah mula berkurangan dek rasa malu dan takut tadi.

snowboarding

landasan tergolek…

 

snowboarding

lek-lek isap okok dulu..

 

snowboarding

Shiiuuuhhh.. Eh kat sini memang landai, tapi sebenarnya berlepas dari puncak ye.. ^^

Bila cakap pasal kemahiran dan skil jurulatih-jurulatih, pehhh memang tiada tolok bandingnya. Jangankan skil main brek-brek, huruf Z, huruf S, q,l,m sampaikan huruf Russia Й pun dorang boleh buat(hiperbola sikit disitu). Belum campur lagi carving dan macam-macam lagi skil yang tak tercapai dek akal(lagu apa ni?:P)

Dan akhir sekali, masa yang ditunggu-tunggu, iaitu meluncur dari puncak bukit paling tinggi. Memang gayut(gayat). Bila nak turun tu dah siap-siap mengucap dulu. OK sila jangan gelak sebab ini sumpah serius. Bagi orang yang dah pro memanglah petik jari je, tapi bagi beginner seperti aku, errrrr ketaq kepala lutut habaq hang! Bila turun dari cerun yang curam, memang habis slow la, sampaikan kaki tiba-tiba kejang. Agak panik juga disitu, tapi atas pengawasan jurulatih tak bertauliah tadi, perjalanan turun berjaya juga selepas kira-kira 20 minit. Padahal orang lain turun tak sampai 5 minit sebab gua buat lek isap okok dulu.

 

Berada di puncak bukit.. Agak cantik pemandangan dari atas..Subhanallah!

Harapannya InsyaAllah dipanjangkan umur, musim sejuk tahun depan akan serang bukit/tempat lain pula. Nantikan! Sungguh, snowboarding berkaliganda lagi seronok daripada Ice skating! (^_^)V

P/S: Bila update jarang, rasa kekok pula nak menulis..Maaf..

 

 

 

 

 

 

 

aim high tackle low,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,208 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!