Snowboarding versi Yakhroma

Untuk snowboarding tahun ini, aku memilih tempat yang jauh sikit dan mempunyai paling banyak bilangan LIKE oleh kawan-kawan yang lebih senior dalam sukan ini. Berbanding snowboarding yang lalu di Oktyaberskoye pole kurang lebih sejam dari hostel aku, kali ini perjalanan ke yakhroma mengambil masa 2 jam dengan menaiki keretapi. Yakhroma adalah sebuah tempat luar dari Moscow yang sangat terkenal dengan resort untuk sukan seperti snowboard, skiing, ice skating dan lain-lain lagi.

Pukul 9 pagi, aku dan beberapa orang sifu bertolak dari hostel dengan board masing berbekalkan makanan sebab sehari suntuk kami akan berada disana. 40 minit kemudian, kami sampai di stesen keretapi savelovskaya dan bergegas membeli tiket dan melompat masuk ke dalam keretapi memandangkan waktu berlepas hanya tinggal beberapa minit saja. Alhamdulillah sempat! #dramasikit

 

snowboarding versi yakhroma

selfie satu kali

 

Sesampainya di stesen Yakhroma, kami perlu menaiki teksi untuk ke Sorocani(nama sport park) kurang lebih 5 minit dan jengjengggggg sampai lah kami ke tempat beraksi. Kawasan tersebut memang luas berbukit bukau dan terdapat lebih 9 trek yang panjang untuk snowboard dan ski. Memang puas hati!(Walaupun main tergolek je haha)

Suhu yang sejuk (bawah -10c) agak membataskan pergerakan aku terutamanya sebab glove tak cukup tebal(Walaupun rasa memang tebal). Riwayat glove tu berakhir pada hari itu juga sebab dah koyak akibat aksi-aksi tergolek yang sangat ekstrim(Jangan cuba aksi itu dimana-mana pun anda berada!)

Trek yang panjang  memang sangat sesuai untuk beginner macam aku, cumanya untuk yang sangat baru bermain, anda dinasihatkan untuk tidak bermain ditempat curam dan sempit, kalau taknak sakit badanlah. Tapi tanpa sedikit sakit memang tak kemana lah kan. Kann? errr

Lepas penat dan beku masa main, kami pun berhenti beberapa kali terutamanya untuk solat. Alhamdulillah, terdapat ruang untuk menyalin pakaian yang selamat untuk kami solat jadi tiada masalah yang besar kalau nak main lagi lepas ni disitu.

Berkenaan tiket, oleh sebab ada promosi sampai 31 jan 2015, kami dapat harga yang lebih murah iaitu 3250 rub dari 3800 rub. Tiket ini sebenarnya adalah bayaran untuk naik chairlift atau dalam bahasa russia подьемники untuk naik ke puncak bukit. Jadi tak perlu susah-susah nak panjat bukit tinggi tu, lepas dah sampai atas pancit tak sempat nak main lagi.Hoho. Sekali masuk  dalam 45 rub dan kami kongsi 3800 rub untuk 4 orang. Kiralah sendiri berapa kali boleh masuk!

snowboarding versi yakhroma

Sifu Hariz(Tengah setting Gopro) dan Sifu Naif

 

snowboarding versi yakhroma

Itu lah chairlift yang digunakan untuk naik ke puncak bukit. Kena ada skil supaya masa turun dengan board tak lah jatuh tergolek

 

Dan lebih kurang 8 malam, kami pun bertolak balik. Memang puas hati main di Sorocani, dengan trek yang panjang siap ada yang spiral, pusing-pusing. Cumanya untuk yang nak main snowboard dibukit/outdoor, anda dinasihatkan berpakaian lengkap,tebal, berserta goggles. Agak silau dan berair mata masa main, dan boleh mengelakkan terbabas dalam gaung. Ingatlah orang yang tersayang!Dan lagi satu, pilih board yang sesuai dengan ketinggian, untuk memudahkan maneuver board. Dah kalau board lagi besar, siapa yang kawal siapa ni! :p

Sekian saja tips kali ini! Jom layan gambar. Gambar sikit je, siap ada yang masuk jari, akibat sejuk sangat, tangan dah beku. Wallahualam…

 

snowboarding versi yakhroma

Pandangan dari puncak bukit.Putihhh

 

snowboarding versi yakhroma

Mulut ternganga! *tutup

 

snowboarding versi yakhroma

Lagi pemandangan

 

snowboarding versi yakhroma

Selfie jari sikit :p

 

snowboarding versi yakhroma

Trek yang panjang, duduk atas chairlift tu yang sejuk tu

 

snowboarding versi yakhroma

Candid!

 

snowboarding versi yakhroma

Ni boleh kata pakaian lengkap untuk main snowboarding

 

snowboarding versi yakhroma

Subhanallah, sunset di Yakhroma

 

*Kredit untuk sifu-sifu Hariz, Naif dan Ali, sebab sudi ajar dan ajak aku main, menunggu aku yang lambat sampai bawah sebab jatuh tergolek banyak.Hihi. Lainkali boleh pergi lagi..

*Video? Video jatuh tergolek banyak la.:V

 

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”

[22:46]

 

aim high tackle low,,,

 

 

 

One comment on “Snowboarding versi Yakhroma

  1. kalau kat malaysia cuma boleh ber sandboarding..hehe
    Entri Terbaru semak saman >>> Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ OnlineMy Profile

Leave a Reply to semak saman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!