Tambah Nilai

Assalamualaikum

Tambah nilai ataupun orang putih cakap topup sering dikaitkan dengan telefon bimbit dan segala servis-servis yang bersangkut paut dengan kredit dan duit. Tapi tahukah anda bahawa perkataan ini juga boleh dikaitkan dengan iman?

Kalau tak percaya, anda boleh cuba pergi ke kedai dan tanya… “Tokeh, bagi topup iman seploh hengget.” Tokeh akan cakap, ” Nah, ini topup tahan seminggu saja maa..”Ahah pasti terkejut beruang anda. Tapi kalaulah begitu senangnya kita dapat topup iman, pasti tiada masalah dalam dunia sekarang ni berkaitan dengan iman.Aduh.

Orang cakap, iman umat manusia akhir zaman ni senipis kulit bawang. Andainya iman kita sentiasa senipis kulit bawang, pastilah setiap masa kita ingat akan Allah dan tugas kita sebagai orang Islam. Tapi bagi aku, iman kita ni bukan senipis kulit bawang lagi dah, ianya lebih teruk dari itu. Lebih tepat dikatakan iman kita zaman sekarang ni ialah iman mengikut keadaan. Sebab apa aku cakap macam tu?

pedih mata ni.. :P

Sebab dalam keadaan tertentu sahaja iman kita meningkat dan bila meningkat, alangkah bagus iman tu boleh sentiasa meningkat. Tapi sudah pasti ada turunnya apabila berada dalam keadaan yang lain. Contohnya semasa berada dalam majlis-majlis ilmu daripada UAI(Ustaz Azhar Idrus), Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Hazlin Baharin dan lain-lain ataupun sedang berbulatan gembira, iman kita pasti akan meningkat 180 darjah. Perhhh.

Tapi cuba kalau sedang main ragbi, sedang tengok Running Man dan lain-lain aktiviti, adakah iman kita akan meningkat juga? Paling tidak pun adakah kita ingat pada Allah? Wallahualam. Anda sendiri yang menentukan. Itulah sebabnya wujudnya perkataan topup yang bersangkutpaut dengan iman. Oleh sebab iman kita perlu pemangkin untuk meningkat paling kurang pun untuk kekal pada aras sepatutnya, kita perlu buat sesuatu yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah.

Bagi aku, tiap hari paling kurang seminggu sekali mesti kena topup balik iman dengan beberapa cara contohnya dengar ceramah-ceramah di Youtube, berbulatan gembira, dan lain-lain. Kalau gagal topup maknanya servis iman akan dipotonglah jawabnya. Dinasihatan supaya jangan bertangguh untuk topup iman. Sedangkan topup kredit telefon itu wajib setiap minggu, inikan pula topup iman. Jadi sudahkah anda topup iman hari ini?

Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah? (4: 122)
wassalam

P/S: Entri yang menampar diri sendiri. Pang pang… T_T


aim high tackle low,,,

3 comments on “Tambah Nilai

  1. Nice entri ;-)

  2. hehehe.. baru je tadi top up prepaid :P http://zafarah.blogspot.com/

  3. betu tu.. setuju dengan entry awk… doalah, supaya umat Islam menjadi lebih kuat… semoga mereka diberi hidayah untuk menjadi muslim yg sejati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!