Tatkala terasa keseorangan

Selalu aku rasa keseorangan. Tak kiralah masa tengok orang berlari(Runningman), sedang berjalan ke metro, mahupun masa dalam majlis-majlis. Orang lain kelihatan hanya menggerakkan mulut saja tanpa mengeluarkan suara. Dan aku pula hanya terkebil-kebil berpura-pura mendengar dengan prihatin sambil membuat mimik muka disertai anggukan atau gelengan.

Tapi apa yang aku selalu fikir sehinggakan tak hirau orang disekeliling?

Tentu saja tentang exam yang semakin hampir. Tiap hari bercakap tentang exam tapi tiap hari jugalah kalah kepada nafsu dan syaitan yang berlegar keliling telinga. Haih. Akhirnya tiap hari hanyalah sibuk membazir masa dengan rasa menyesal. Pelik. Aku tahu yang membuang masa itu perkara yang sangat merugikan diri sendiri dengan Allah sendiri bersumpah dalam surah Al-Asr, tapi kenapa aku tetap buang masa?

Masa depan juga menjadi topik utama yang seringkali membuat aku pening. Adakah aku akan berjaya disini, ataupun terkandas ditengah jalan. Mungkinkah aku akan menjadi engineer yang diimpikan sejak kecil, ataupun bisnesman yang berjaya, atau paling tidak blogger sepenuh masa. Eh. Siapa tahu? Orang cakap takdir itu ditentukan Allah dan kita cuma berusaha dan berdoa tapi aku tetap nak tahu, apa yang akan berlaku pada aku dimasa depan. Siapalah yang tak ingin tahu kan?

Jodoh. Aish topik yang panas membakar yang tentu saja setiap manusia fikir. Er anda tak mengaku ke? Tak apa, aku percaya. Iye kan jela. Kadang-kadang terfikir juga, mungkinkah jodoh aku disini (Russia) atau mungkin juga di Malaysia. Adakah orang Russia yang jadi pasangan aku, atau Kemboja(eh?) atau mungkin gadis Jawa? Siapa tahu. Mungkinkah anda? Err tergatal pula(tak malu). Buat masa ni hanya Cik Angel yang setia menemani aku, kadang-kadang dia menjadi tempat mengadu tapi selalunya aku yang jadi tempat dia mengadu. Tapi bila dia mengadu perhhh habis hancur tangan kena cakar. Nasib baiklah kau comel Cik Angel.

Tentu sekali tentang iman aku. Iman yang tak stabil. Kadang turun kadang naik. Bila iman turun hancur semua ibadah ke laut. Arhhh, serius ni tak sepatutnya terjadi terutama bagi orang yang mengucap syahadah. Jadi setiap hari fikir macam mana nak naikkan iman ni. Ada idea?

 Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.[Muhammad : 7]

 

P/S: Betullah Puan mama cakap masa aku kecik-kecik dulu. Aku ni memang jenis yang banyak berfikir. Benda kecik jadi besar, benda besar lagilah jadi gedabak besarnya. Allah.

 

 

 

aim high tackle low,,,

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,150 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!