“tinggal kenangan” (part 2)

Assalamualaikum,,

Dah seminggu dah habis Rugby World cup 2011. Dan seperti yang dijangka Australia telah menjadi juara. Eh eh tersasul pula. Minta maaf sebenarnya All Blacks telah menjadi juara dunia dalam aksi final betemu dengan France. Aku masih dalam kekecewaan lagi sebab Australia tak dapat masuk final. Tapi akan ku tunggu 4 tahun lagi untuk menyokong Australia juga.

Sebenarnya bila aku tengok Rugby World Cup ni, terkenang masa zaman budak-budak dulu di SEMESTI. Tahun 2007. Masa itu, memang sangap gila dengan rugby dan tambah-tambah Rugby World cup 2007 tengah berlangsung. Memang tak boleh nak lepas la tengok rugby world cup tu.

Nak dijadikan cerita, match masa itu semua lingkungan pukul 3 pagi. So aku dengan kawan-kawan dah tekad nak tengok juga. Tapi masalahnya, TV yang ada channel satu-satunya terletak di kantin sekolah. Jarak kantin dengan asrama ada lah dalam 300 meter. 10 minit sebelum match bermula(aku lupa siapa lawan), kami pun senyap-senyap keluar asrama. Ada lah dalam 5-6 orang ikut sekali. Dah sampai di kantin, memang nasib baik la dapat buka TV. Layan juga lah walaupun siaran tak berapa clear.

Dah dalam 15 minit kami disitu, terdengar sayup-sayup, bunyi motor Pak Guard.Terus tutup TV dan apa lagi memang kami lari lintang-pukang la balik asrama dalam gelap tak nampak apapun. Terus masuk bilik study blok A yang paling dekat, ambil buku, buat-buat belajar lah konon. Bila dah dengar bunyi motor lalu, kami pergi lagi sekali ke kantin. Masih orang yang sama juga.

Dah lepas separuh masa kedua, sekali lagi Pak Guard datang naik motor. Aishhh kacau betullah dia ni. Terpaksa lah lagi sekali lari balik asrama. Dengan semangat nak tengok match bagi habis, kami pergi lagi sekali senyap-senyap. Tengah khusyuk tengok match, tiba-tiba je dengar motor Pak Guard dekat sangat dah. Kali ini memang tak sempat tutup TV terus pecut balik asrama. memang tak sempatlah. Kami lari sambil Pak Guard naik motor sebelah-menyebelah. Haha

Tiba-tiba aku tengok sebelah, kawan aku seorang dah hilang. Masa itu memang tak peduli dah. Lari naik tingkat 3 blok A. Lima minit kemudian, siren dan loceng kebakaran berbunyi. Pelik nya, ada kebakaran ke?

Lepas itu ada pengumuman dari warden:
“Perhatian kepada semua pelajar yang menonton TV di kantin tadi, sila turun ke bilik warden C sekarang juga. Jangan paksa saya naik keatas buat spotcheck dorm. Anda diberi masa 10 minit sahaja!”

Perghhhhh memang berderau lah darah aku masa itu. Aku jumpa balik dengan kawan aku yang tengok sekali, diorang kata baik menyerah je. Kami pun pergi lah ke bilik warden C sampai-sampai je kena minta IC dan tulis nama. Nasib baik lah warden bertugas malam itu, pengurus team ragbi. Dia pun cakap kalau tak kantoi, tak ada masalah, ini kawan kamu jatuh longkang masa lari balik asrama. Dialah penyebab kantoi tu. Ceh, patutlah aku tengok hilang seorang masa lari balik tadi.

Esoknya, kami dipanggil ke bilik disiplin, dan macam biasalah, kenalah sebat 2 kali seorang di ponggong. Dan itu lah pertama kali aku kena borang hijau(Borang kesalahan) Kena ceramah sikit, yelah masa itu kami Form 3 dah nak PMR. Malam itu, budak yang lari jatuh longkang yang menjadi penyebab kantoi itu dah diceramah oleh kami. Kalau tak sebab dia, kami tak kantoi.

Tapi itu semua tinggal kenangan je. Kenangan yang aku tak boleh lupa semasa di SEMESTI. Lepas ini kalau tengok Rugby World Cup memang tergelak juga lah teringat kenangan masa jadi budak nakal. Rindu sangat dengan kawan-kawan terutamanya team rugby SEMESTI. Tak sabar nak jumpa korang….

Wassalam

aim high tackle low,,,

6 comments on ““tinggal kenangan” (part 2)

  1. o……. suka kat rugbi ye66
    suka gk tgk org kwn laki men rugbi^^

  2. @El-Janna: suke tengok jela ekk.. jngn suke kat orangnye suda.. ^^

  3. Final hari tu memang best. Main laju betul. Try dorang pun cantik-cantik.

  4. @Sukacuka: yup2.. memang sengit la final..

  5. budak2 rugbi mesti hensem kan.hahahaha ! :P korang ni mmg nakal..

  6. @C i k P i p i T e m b a m:ensem tu setuju la..haha.. nakal tu tak berapa nak setuju.. Kami baek je.. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

2,183 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Follow

Dapatkan entri terbaru dihantar ke E-mail anda!